Showing posts with label LEMBAGA TABUNG HAJI. Show all posts
Showing posts with label LEMBAGA TABUNG HAJI. Show all posts

Tuesday, June 5, 2018

4494) PPIM JUMPA SYARIKAT PENGELOLA HAJI DIDAKWA TIPU – PPIM – 1/6/2018

PJH maklumkan aduan salah faham

KUALA LUMPUR 31 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebentar tadi telah mengadakan pertemuan dengan syarikat pengelola jemaah haji (PJH) yang didakwa menipu para pelanggan yang menyertai pakej haji 2017 syarikat tersebut.
Dalam pertemuan yang diadakan, PJH berkenaan telah menjelaskan keadaan yang sebenar dan telah bersetuju untuk mengadakan satu pertemuan dengan para jemaah yang membuat aduan terhadap mereka.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, daripada pertemuan berkenaan, difahami pertikaian antara kedua belah pihak itu mungkin berpunca daripada salah faham.
Jelas beliau, pihaknya akan menganjurkan dan memudah cara satu pertemuan antara PJH berkenaan dan para pengadu berkenaan bagi menyelesaikan pertikaian yang berlaku.
Beliau dalam masa sama menjelaskan, pertikaian berkenaan sebenarnya berpunca daripada penggambaran dan penerimaan persepsi yang berbeza di kedua belah pihak.
“Justeru saya menyarankan agar semua pihak bertenang sehingga pertemuan antara kedua belah pihak yang terlibat.
“Saya juga berharap tidak ada lagi pihak yang membuat dakwaan bahawa syarikat PJH melaku sebarang penipuan dan memberi ruang kedua-dua pihak menyelesaikan perkara ini secara baik,” kata beliau selepas pertemuan berkenaan. – MEDIA 

Thursday, January 18, 2018

4316) PERBINCANGAN DIANTARA PENGARAH URUSAN KUMPULAN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TH, DATUK SERI JOHAN ABDULLAH BERSAMA KETUA AKTIVIS PPIM, TOQQI – TABUNG HAJI – 18/1/18

Perbincangan diantara Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, dan Pegawai Biro Tugas-Tugas Khas PPIM, Syed Kamaruzzaman bagi membincangkan isu penipuan pakej haji dan umrah yang dilaporkan kepada PPIM.




Saturday, May 16, 2015

2643) SINAR HARIAN - 16/05/15 - Dedah Pelaburan, Elak Langgar Patuh Syariah

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Lembaga Tabung Haji (LTH) mendedahkan semua pelaburannya kepada pendeposit bagi memastikan syarat patuh syariah tidak dilanggari oleh entiti tersebut.
 
Ketua Aktivisnya, Datuk Nazim Johan berkata langkah itu perlu bagi mengembalikan keyakinan pendeposit susulan urus niaga hartanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menimbulkan meragukan.
 
"Kalau ikutkan (syarat pelaburan) Tabung Haji mestilah patuh syariah, pendeposit perlu dimaklumkan agar tidak timbul keraguan.
 
"Kita takut jika pelaburan itu ke atas hotel, dan hotel itu disewa kepada pengusaha yang menjual arak, ia jelas tidak kena dengan patuh syariah dan ia perlu dikaji semula," katanya kepada Sinar Online, di sini, semalam.
 
Mengulas lanjut, Nazim berkata lagi, pendeposit akaun Tabung Haji berhak mengetahui pelaburan wang mereka agar simpanan untuk ke tanah suci Mekah tidak tercemar.
 
"Pendeposit Tabung Haji perlu tahu ke mana wang mereka dilaburkan. Kalau ada rekod menunjukkan pembelian itu (pelaburan hartanah) telah mencabuli hak pendeposit, maka seharusnya tindakan itu diambil.
 
"Saya memang tidak setuju jika pembelian itu (pelaburan) berat sebelah dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu saja.
 
"Dalam konteks ini, mungkin ada kebenaran, juru audit perlu membuat semakan kepada pelaburan Tabung Haji," jelasnya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL