Friday, March 31, 2017

3582) SPM 2017 - FAKTA HARGA MINYAK : SECARA MINGGUAN - PPIM - 30/03/2017

SELAMAT PAGI MALAYSIA – PENETAPAN HARGA SILING MINGGUAN BAHAN API
30 Mac 2017 - RTM, Selamat Pagi Malaysia membincangkan isu: Penetapan Harga Siling Mingguan Bahan Api. Panel yang hadir terdiri daripada Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak, Datuk Khairul Annuar Aziz. Penetapan harga baru untuk minggu pertama pelaksanaan bermula pada 29 March 2017 adalah Ron 97 RM2.41, Ron 95 RM 2.13 dan Diesel RM 2.11.
Dalam wawancara ini, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) mengatakan bahawa akan ada orang atau peniaga yang mengambil kesempatan dalam pelaksanaan ini. Kebanyakan peniaga-peniaga yang tidak beretika hanya menunggu alasan dan peluang untuk meraih keuntungan yang lebih. Oleh itu, Toqqi menyarankan agar masyarakat jangan menyokong mereka yang mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga barang. Merujuk kepada kuasa membeli dan memilih yang terdapat pada pengguna untuk memilih harga yang lebih berpatutan, Toqqi juga meminta Kementerian melihat semula harga tidak munasabah yang telah dinaikkan oleh peniaga-peniaga atas asalan harga minyak naik sebelum ini.
Toqqi tidak hanya memandang kepada sebelah pihak pengguna sahaja malah beliau juga kuatir akan ada pengusaha-pengusaha stesen minyak kecil akan berhenti beroperasi atas kesan dari pelaksanaan ini memandangkan margin perniagaan adalah kecil.
“Kami di persatuan banyak menerima aduan dari pemilik stesen minyak. Yang tutup ada, yang pinjam ahlong pun ada.” kata beliau berikutan dengan kes dimana pemilik stesen minyak terpaksa meminjam daripada institusi pinjaman untuk memulakan perniagaan atau mengekalkan peniagaan. Selain itu, terdapat alimen-eliment “buli” didalam syarikat-syarikat minyak ini. Oleh itu, Toqqi mencadangkan agar menteri duduk bersama dengan syarikat miyak untuk membincangkan secara keseluruhan perkara ini.
Dari sudut pengusaha petrol pula mengatakan bahawa tindakan penetapan harga dari segi mingguan adalah cadangan yang baik kerana harga jualan menghampiri dengan harga pasaran. Ia lebih efisien dari sistem yang terdahulu.
“Saya berharap agar tiada lagi kejatuhan harga seperti ini” kata Datuk Khairul Annuar Aziz. Penurunan mendadak ini adalah kerana pengiraannya dikira secara bulanan namun selepas ini difahamkan bahawa penurunan mingguan akan lebih kurang kerana pengiraannya akan dikira mingguan. 
Dengan ini, harapan supaya kerajaan melihat semula pelaksanaan ini dengan teliti supaya tiada pihak yang akan menanggung kerugian di hari kelak.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...