Saturday, March 11, 2017

3545) HENTI GUNA AGAMA LARIS PRODUK - HARIAN METRO 11/3/2017

                        harian metro 11.3.2017
Berhenti menggunakan agama untuk melariskan produk. Gesaan itu dibuat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) yang mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada pihak tertentu yang ‘menjaja’ agama untuk kepentingan peribadi.
Ketua Sekretariatnya Yusuf Azmi berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas daripada masyarakat yang bimbang dengan trend menjadikan agama sebagai sandaran melariskan produk.
Katanya, sebagai contoh, ada peniaga menjual pakaian dikatakan seperti dipakai nabi seperti jubah serta makanan yang dikatakan sunah.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...