Wednesday, March 1, 2017

3526) PREMIS " 2 MUKA " - HARIAN METRO - 1/3/2017

                  harian metro 1.3.2017.jpg 2
Di bahagian luar terpampang papan iklan pusat snuker namun di bahagian dalam premis dipenuhi dengan deretan komputer dan mesin judi.
Itu antara taktik popular diguna pakai sindiket penganjuran judi dalam talian yang beroperasi sekitar daerah Cheras, di sini.
Kegiatan haram itu bagaimanapun dibongkar melalui serbuan Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH) Siri 33 yang dijalankan, pagi semalam.
Dalam serbuan dijalankan kira-kira jam 1 pagi itu, sebanyak 90 komputer yang dijadikan sebagai mesin judi dalam talian bernilai lebih RM260,000 dirampas hasil pemeriksaan di dua pusat snuker.
Ketua Penyelaras Op BAH, Azman Mahmood berkata, pusat snuker berkenaan mempunyai lesen pusat hiburan keluarga yang sah, namun menjalankan kegiatan judi untuk menarik perhatian pelanggan.
“Pemeriksaan lanjut di dalam kedua-dua premis itu mendapati terdapat sebuah bilik khas menempatkan komputer dan mesin judi bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa.
“Hanya terdapat beberapa meja snuker di bahagian depan premis untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya.
Azman berkata, pihaknya turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap pengunjung di kedua-dua pusat snuker itu yang disyaki turut menagih dadah.
Beliau berkata, operasi itu akan dijalankan secara konsisten bagi membanteras aktiviti haram di sekitar ibu negara dengan kerjasama agensi penguatkuasaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...