Thursday, March 2, 2017

3530) RUGILAH KALAU TAK TOLONG... - HARIAN METRO - 2/3/2017

harian metro 2.3.2017 new
Remaja pintar. Ketika rakan sebayanya bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan penilaian menengah rendah (PMR), Afiqah Zakirah Musa,16 pula sebaliknya kerana sudah menjejakkan kaki ke menara gading. Pada usia semuda itu, pelajar pintar ini menduduki program asasi sains di Universiti Taylors dan setahun kemudian,lulus dengan cemerlang serta ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti berkenaan. Anak bongsu daripada tiga adik beradik itu dijadualkan memulakan pengajian perubatan di universiti berkenaan 27 Mac ini,namun bayaran yuran yang perlu disediakan mencecah rm100,000 setahun. Ibunya, Zabedah Mohamed,54, berkata bagi program perubatan Afiqah selama lima tahun, jumlah keseluruhannya yang perlu disediakan menjangkau setengah juta ringgit. " Saya seorang ibu tunggal dan selain Afiqah, masih perlu menanggung pengajian kakaknya, aqilah Zakirah 18, dan abangnya, Muhammad Amirul Haziq, 21. " Seperti Afiqah , Aqilah juga meneruskan pengajian dalam program ijazah perubatan di universiti yang sama Ogos hadapan manakala Amirul kini melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang kejuruteraan perisian di Universiti of the West England. " Meskipun pernah beberapa kali membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan pembiayaai atau tajaan pendidikan , ketiga-tiga anak saya tidak mendapat bantuan mana-mana pihak," katanya pada sidang media bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, di sini, semalam. Zabedah yang juga usahawan teknologi pembaikan trafik udara berkata, semua anaknya sebelum ini mengikuti pengajian di sekolah swasta manakala Afiqah meneruskan pembelajaran di rumah pada usia 13 tahun. Menurutnya, perkembangan pembelajaran anaknya melangkui remaja seusia dengan mereka dan disebabkan itu sukar untuk mengikuti program pelajaran di sekolah harian biasa. Katanya, Afiqah mengambil peperiksaan Cambridge International Examination (CIE) dan lulus dalam masa dua bulan saja berbanding pelajar biasa yang mengambil masa dua tahun. " Dia mula membaca al-quran ketika berusia lima tahun dan perkembangan pembelajaran Afiqah juga melangkui kakaknya. " Saya berharap ada pihak sudi membantu membiayai pengajian Afiqah mahupun Aqilah  kerana mereka berdua masing-masing bercita-cita menjadi pakar bedah otak dan kardiologis untuk membantu masyarakat kelak," katanya. Sementara itu, Nadzim berkata, dua remaja berkenaan aset berharga untuk negara dan perlu dijadikan sebagai ikon pelajar di negara ini. " Afiqah dan Aqilah dapat memberi sumbangan besar kepada bidang perubatan negara pada masa hadapan namun ketika ini mereka perlu dibantu. " diharapkan ada individu mahupun syarikat korporat tampil membantu meringankan beban kewangan  keluarga berkenaan bagi memastikan dua remaja ini dapat meneruskan pengajian masing-masing," katanya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...