Wednesday, March 8, 2017

3541) SIDANG MEDIA PPIM : PERMASALAHAN DAN IMPAK DEBT COLLECTOR DAN PENARIK KENDERAAN - 8/3/2017

WhatsApp Image 2017-03-08 at 17.14.10

Kuala Lumpur, 8 Mac 2017 – Kebanyakkan bank dan syarikat di Malaysia kini mengupah atau memberi tender kepada syarikat-syarikat perunding kewangan atau lebih dikenali sebagai syarikat pengutip hutang dan penarik kenderaan untuk menjalankan sebahagian tugas institusi perbankan.
Di PPIM, kami menerima banyak aduan berkenaan cara syarikat-syarikat pengutip hutang dan syarikat penarik kenderaan yang tidak mengikut etika yang betul.
Mangsa, Hamidi Shah Bin Aman telah membuat pinjaman peribadi kepada 2 institusi perbankkan iaitu RHB Bank dan Aeon Bank. Pada awal mereka membayar pinjaman mengikut jadual yang telah ditetapkan. Namun atas sebab-sebab tertentu mereka mempunyai tunggakan selama satu bulan sahaja.
Atas sebab tunggakan itu, mangsa sering menerima panggilan dari pihak ketiga iaitu syarikat pengutip hutang yang mewakili bank-bank tersebut menuntut beliau untuk menjelaskan baki tertunggaknya.
“Mereka meminta saya membayar untuk dua bulan sedangkan saya hanya tertunggak untuk bulan itu saja” kata mangsa dalam sidang media yang diadakan oleh PPIM.
Selain itu, pihak bank atau pihak ketiga telah menghantar surat peringatan pembayaran melalui fax ke pejabat dimana mereka kerja dan mereka juga menghubungi mangsa berpuluh kali sehari. Jika tidak dapat melalui telefon bimbit mangsa dan isterinya, mereka akan cuba menghubungi mangsa melalui talian pejabat pula
Tindakan mereka ini boleh memberi kesan buruk kepada pelanggan seperti malu dan pergaduhan antara keluarga.
Dalam masa yang sama, Toqqi juga membangkitkan isu berkenaan cara penarikan kenderaan dilakukan.
“KPDNKK diminta untuk memanggil kembali mereka yang dilantik oleh pihak bank bagi mengkaji balik, kalau boleh diberi kursus mengenai tatacara penarikan kereta apa yang perlu ada” ujar Beliau. Tindakan merampas kunci kenderaan sesetengah agen penarik kereta turut dianggap tidak sepatutnya.
“Sepatutnya mereka menunjukkan dokumen-dokumen semasa mereka menarik kereta, ini tidak” kata Toqqi untuk menerangkan cara kebanyakan ejen-ejen penarik kenderaan melakukan penarikan. Beliau juga mengatakan kemungkinan agen penarik ini bukan dari pihak bank berikutan dokumen seperti Surat RO (Repossessing Order) tiada pada mereka dan ada juga yang menunjukkan surat RO melalui aplikasi Whatsapp.
Datuk Nadzim Johan mensarankan agar pihak bank meneliti semula dan melantik agen-agen yang betul agar dapat menjaga nama baik bank sendiri
WhatsApp Image 2017-03-08 at 17.14.10
WhatsApp Image 2017-03-08 at 17.14.13 WhatsApp Image 2017-03-08 at 17.14.18

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...