Wednesday, December 28, 2016

3302) TUNTUT BELA KEMATIAN IBU – KOSMO – 28/12/2016

kosmo 28.12.2016
KUALA LUMPUR – Lima beradik dari Taman Lingkaran Nur, Kajang, Selangor menggesa pihak Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan konkrit dan memberikan pembelaan atas kematian ibu mereka tahun lalu akibat kecuaian pihak Hospital Putrajaya.
Kecuaian itu didakwa membabitkan sikap tidak profesional pasukan doktor dan kakitangan hospital kerajaan berkenaan ketika mangsa, Allahyarham Hapipah Md. Taha,65. menerima rawatan di situ sepanjang dua bulan.
Anak bongsu daripada lima beradik berkenaan, Muhammad Hakimi Abd. Razak, 26, berkata, ibunya dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan susulan penyakit kencing tidak lawas pada September tahun lalu.
Dia mendakwa, pegawai perubatan yang bertugas kemudian telah memberikan suntikan sejenis cecair ‘anti-coktail’ pada tangan kanan ibunya.
“Akibat suntikan itu, tangan ibu saya membengkak kehitaman dan bernanah sehingga mengelupas ke pangkal lengan.
“Tahap kesihatan ibu turut menurun akibat jangkitan paru-paru selain terdapat luka pada punggung setelah terlantar selama 10 hari di hospital itu,” katanya kepada Kosmo! di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini baru-baru ini.
Artikel Penuh: http://ift.tt/2iDkJra
Hakcipta terpelihara



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...