Friday, December 30, 2016

3310) KELENTONG SAMPAI RM 1 JUTA – HARIAN METRO – 29/12/2016

                   metro 0 metro 29.12.2016
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih 20 aduan penipuan penyedia makanan dan perunding perkahwinan membabitkan kerugian berjumlah RM1 juta.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kes berkenaan dilaporkan berlaku sepanjang tahun ini di sekitar Lembah Klang.
 Berikutan itu, Nadzim mencadangkan supaya pengguna atau bakal pengantin supaya memilih penyedia makanan berdaftar dengan Koperasi Kerjasama Katerer Berhad.
“Sehingga kini, kira-kira 100 penyedia makanan berdaftar dengan koperasi berkenaan. Semua (penyedia makanan) berdaftar mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Semalam, Harian Metro menyiarkan kisah pengantin baru terpaksa menghidangkan pucuk paku, ayam masak merah dan nasi putih yang dibeli dari tiga restoran berhampiran Country Homes selepas hidangan istimewa dijanjikan perunding perkahwinan tidak tiba



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...