Wednesday, December 21, 2016

3265) ” TUBUH BADAN KHAS PANTAU CAJ TAMBAHAN MELAMPAU ” – UTUSAN MALAYSIA – 21/12/2016

UTUSAN MALAYSIA 21.12.2016
KUALA LUMPUR 20 Dis. – Kerajaan perlu mewujudkan badan atau jawatankuasa khas memantau caj tambahan dikenakan kepada pengguna berikutan terdapat banyak aduan me­ngenai caj melam­pau dikenakan pelbagai pihak sehingga membebankan pengguna.Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, antara caj popular yang se­ringkali dikenakan kepada pengguna ialah caj penyambungan perkhidmatan yang dianggap keterlaluan.
“Sebagai contoh, dalam satu kes, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengenakan caj pemotongan sebanyak RM37.10 dan caj penyambu­ngan RM37.10 manakala bil semasa RM50, jadi pengguna perlu membayar sejumlah RM124.20.
“Kebiasaannya, mereka yang gagal membayar bil ini terdiri daripada golongan yang susah, jadi tidakkah caj tambahan itu dirasakan agak membebankan kepada mereka? Sudahlah bekalan air selalu mengalami gangguan, mereka paksa pula pengguna menanggung caj tidak masuk akal seperti ini,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PPIM di sini hari ini.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...