Monday, December 19, 2016

3261) “JANGAN ANIAYA PENGGUNA” – UTUSAN MALAYSIA – 19/12/2016

NEW utusan malaysia 19.12.2016
KUALA LUMPUR 18 Dis. – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa mengambil langkah yang proaktif bagi memastikan keja-kerja penyelenggaraan mereka tidak akan menganiaya pengguna.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, masalah yang menimpa penduduk sekali lagi selama enam hari bermula esok itu seharusnya tidak diambil mudah terutama ketika musim cuti sekolah dan kenduri kahwin.
“Sekiranya gangguan bekalan air berlaku setahun sekali itu perkara biasa, tetapi tidak wajar jika penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama berulang kali lebih-lebih lagi ketika Malaysia menuju ke arah negara maju.
“Perancangan terperinci da­lam pembangunan untuk jangka masa panjang diperlukan dan pengguna boleh membuat tuntutan sekiranya pihak berwajib gagal menyelesaikan masalah tersebut kerana bekalan air dan elektrik kini menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas gangguan bekalan air yang akan berlaku di beberapa kawasan di Lembah Klang bermula esok sehingga 24 Disember ini ekoran kerja-kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik TNB di Pencawang Ma­suk Utama (PMU) Bukit Badong di Hulu Selangor.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Ne­geri Malaysia (Mita), Uzaidi Udanis berkata, gangguan bekalan air yang berlaku boleh menjejaskan imej negara terutama dalam sektor pelancongan.
Katanya, kebiasaannya gangguan bekalan air hanya melibatkan kawasan kampung manakala kawasan tumpuan pelancongan tidak terjejas kerana pihak hotel mahupun restoran telah menyediakan bantuan air kepada pe­langgan.
“Bagaimanapun, ia tidak bo­leh dibiarkan terjadi dan kerajaan serta pihak bertanggungjawab perlu menambah baik perkhidmatan kerana sedikit-sebanyak mungkin memberi imej tidak baik jika tidak ditangani,” katanya.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...