Thursday, December 22, 2016

3272) SANGGUP KORBANKAN RM44,500 UNTUK BANTU SEBUAH KELUARGA – PRU14.TV – 21/12/2016

Ianya sungguh mengharukan dan sebak apabila kami membaca kisah surat yang ditinggalkan oleh seorang lelaki yang melupakan hasrat untuk membeli rumah lelong didiami sebuah keluarga.Meskipun telah membayar 10% daripada harga rumah terbabit iaitu sebanyak RM44,500 kepada pihak bank tetapi kemuliaan hati lelaki yang dikenali sebagai Encik Lee ini cukup memberi inspirasi.
Semalam, kisah ini telah dimuatnaik oleh Siti Na’imah Mohamed di laman Facebooknya. Dalam posting itu dia menyatakan :
Dear Mr. Lee Hui Sen, you mr, have a heart of gold. Saya harap posting ini sampai kpd anda atau ahli keluarga anda.
Anda tidak kenal keluarga ini, tp anda ambil keputusan yg sangat berani untuk membantu mereka.
RM44,500 bukan sedikit.
Dan saya difahamkan anda sendiri bukanlah dari golongan kaya raya.
Semoga #leehuisen sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia.
Semoga kita semua dikurniakan hati sebaik encik ini.
Kata Siti yang menerima surat itu daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pemilik asal rumah tersebut didakwa telah ditipu oleh pihak bank sehinggakan beliau diisytiharkan muflis dan rumahnya dilelong.
Kerana tak sampai hati dengan nasib yang menimpa tuan rumah, Encik Lee melupakan hasrat untuk membeli rumah terbabit walaupun sudah membayar 10% kepada pihak mahkamah.
Walauapa-apa pun pujian patut diberikan kepada Encik Lee dan keluarga kerana sikapnya yang baik hati. Moga ada ramai lagi insan yang baik hati seperti Encik Lee!
-pru14.tv-




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...