Thursday, December 22, 2016

3277) BATAL NIAT MILIKI RUMAH LEPAS BAYAR RM44,500 – SARAWAKIANA – 20/12/2016

SEORANG lelaki sanggup melupakan hasratnya untuk memiliki sebuah rumah lelong selepas mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh pemilik asal rumah tersebut .
 Lelaki yang dikenali sebagai Lee Hui Sen ini malah menulis surat dengan menjelaskan rasa simpatinya terhadap pemilik rumah itu selain memaklumkan mereka membatalkan niat untuk memiliki rumah berkenaan.
 “Saya meminta maaf sebab sudah beli rumah encik dan mungkin buat encik dan keluarga encik risau dan bimbang.
 “Hari itu, keluarga saya ada pergi ke rumah encik dan kita ada nampak baju-baju budak di luar rumah. Keluarga saya bersimpati nak halau encik, kalau selepas kita sudah beli rumah encik,” tulisnya.
 Dalam surat tersebut, Hui Sen menjelaskan dia dan keluarga membuat keputusan untuk batal niat membeli rumah itu walaupun telah membayar 10% daripada harga rumah terbabit iaitu sebanyak RM44,500 kepada pihak bank.
 Menurutnya, walaupun menyedari keputusan tersebut menyebabkan wang tersebut hilang namun itu adalah usahanya untuk membantu keluarga berkenaan.
 “Kita akan kehilangan wang itu tapi itu wang akan pergi ke bank account rumah encik, harap itu adalah pertolongan kecil untuk encik,” tulisnya.
 Hui Sen turut menasihatkan pemilik rumah yang dilelong itu untuk berbincang dengan pihak bank supaya rumah tersebut tidak dilelong lagi.
 Surat tersebut dikongsikan Siti Nai’mah Mohamed menerusi akaun Facebooknya hari ini yang menjelaskan surat berkenaan diperolehi daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
 Dia dalam posting tersebut menjelaskan bahawa Hui Sen sebenarnya tidak mengenali pemilik rumah tersebut namun tetap sedia membantu mereka.
 “Dear Mr. Lee Hui Sen, you Mr. have a heart of gold. Saya harap posting ini sampai kepada anda atau ahli keluarga anda. Anda tidak kenal keluarga ini, tapi anda ambil keputusan yang sangat berani untuk membantu mereka.
 “RM44,500 bukan sedikit dan saya difahamkan anda sendiri bukanlah dari golongan kaya raya. Semoga #leehuisen sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia. Semoga kita semua dikurniakan hati sebaik encik ini,” tulisnya.
 Menerusi ruangan komen, Siti Nai’mah menjelaskan pemilik asal rumah tersebut didakwa telah ditipu pihak bank sehinggakan diisytiharkan muflis dan rumahnya dilelong.
 Gara-gara simpati dengan nasib pemilik asal rumah tersebut, Hui Sen melupakan hasrat untuk membeli rumah terbabit walaupun sudah membayar 10% kepada pihak mahkamah.
 Perkongsian surat tersebut di laman sosial mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya terharu dengan sikap Hui Sen yang sanggup membantu keluarga yang ditimpa musibah itu. – MYNEWSHUB.CC
http://ift.tt/2hK0r2a



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...