Saturday, December 17, 2016

3260) "SEBARKAN PENGUSAHA KATERING BERMASALAH" - UTUSAN MALAYSIA - 17/12/2016




Sejak kebelakangan ini, tersebar kisah pengantin ditipu perancang perkahwinan mahupun katerer yang dilihat satu perniagaan mudah untuk mendapatkan pelanggan terutamanya golongan muda. Memandangkan isu tersebut berlarutan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar pengusaha katering tersebut disebarkan di laman sosial. Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, kuasa sebaran tersebut terletak pada tangan pengguna agar pengusaha katering tidak mudah menipu pelanggan ketika mereka berurus niaga bagi satu majlis perkahwinan. “Pihak pengusaha katering seharusnya bertanggungjawab kepada pelanggan untuk membantu persiapan majlis bakal pengantin diadakan sempurna kerana mereka berhak mendapatkan servis terbaik. “Tidak dinafikan,ada segelintir pengguna hanya membayar deposit dengan bayaran tertentu atau 50 peratus daripada jumlah perbelanjaan majlis namun, pihak pengusaha katering berhak memberikan perkhidmatan yang cemerlang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia Sabtu. Nadzim menambah, kewujudan blog dan laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter boleh berfungsi sebagai sebuah medium iaitu pengguna lain boleh mengetahui kisah pengusaha katering yang menipu pengguna tersebut. “Blog dan laman sosial dilihat dapat berfungsi sebagai salah satu medium bagi membantu menyebarkan pengusaha katering bermasalah seperti menipu pelanggan, tidak bertanggungjawab di atas ketidaksempurnaan majlis atau menghilangkan diri sehingga majlis tidak dapat diadakan. “Pelanggan yang sudah ‘terkena’ boleh menyebarkan kisah ditipu bagi rujukan pengguna lain,” katanya. Selain itu, pengguna juga digalakkan menyenaraikan katerer blacklisted bermasalah agar pengusaha tersebut ‘popular’ sehingga mereka takut untuk menipu pengguna. Justeru itu, katanya, pihaknya berharap pengguna lebih berhati-hati mendapatkan khidmat pengusaha katering, selain rajin membuat semakan di laman sosial sebelum membayar deposit atau membuat perjanjian bagi mengelak ditipu. “Sekiranya pengguna membuat siasatan dan pemeriksaan, risiko ditipu agak tipis,” katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sebarkan-pengusaha-katering-bermasalah-1.420726#sthash.9OsUl11n.dpuf

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...