Saturday, June 25, 2016

2871) RUU PERSENDIRIAN: 500 ADAKAN PROGRAM JELAJAH‎ – 24/6/16


PPIM_header

KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam akan mengadakan program jelajah di seluruh negara bagi menjelaskan usul mengenai Rang Undang-undang Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016.

Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya berkata, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti tempat dan golongan sasaran sebelum memulakan jelajah berkenaan.

“Langkah segera perlu diambil bagi membetulkan tanggapan salah mengenai pindaan RUU yang dicadangkan ini di mata orang awam.

“Kita yakin pindaan RUU ini dapat membendung gejala sosial yang berlaku dalam kalangan orang Islam,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan aman bersama beberapa wakil NGO terlibat di Masjid Negara, di sini, hari ini.

Katanya gabungan NGO itu turut merancang menghantar memorandum sokongan terhadap pindaan akta berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.

Antara NGO yang menyertai gabungan Ummat ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pada 26 Mei lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen kawasan Marang mengemukakan usul RUU berkenaan di Dewan Rakyat. – Bernama

http://ift.tt/28RLfKa



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...