Wednesday, June 15, 2016

2834) KPDNKK PERLU PANTAU KUALITI PRODUK JUALAN RANCANGAN TELEVISYEN - BERITA RTM - 14/6/16

gambar hiasan

Kuala Lumpur - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantau kualiti produk yang dijual menerusi iklan di televisyen swasta kerana barangan berkenaan didakwa tidak berkualiti.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzmi Johan berkata pihaknya telah menerima lebih dari 20 laporan dari pengguna yang tidak berpuas hati berhubung dengan barangan yang dibeli menerusi rancangan jualan secara dalam talian itu sejak tiga bulan lalu.

"Kebanyakan pengadu menyatakan kualiti barang terutamanya peralatan memasak yang diiklankan dalam rancangan itu tidak sama seperti yang diterima.


Sumber : http://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/6095-kpdnkk-perlu-pantau-kualiti-produk-jualan-rancangan-televisyen

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...