Wednesday, June 15, 2016

2831) KPDNKK PERLU PANTAU KUALITI PRODUK JUALAN RANCANGAN TELEVISYEN - ISMAWEB - 14/6/16

NADZIM JOHAN / PPIM

KUALA LUMPUR, Selasa – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantau kualiti produk yang dijual menerusi iklan di televisyen swasta kerana barangan berkenaan didakwa tidak berkualiti.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzmi Johan berkata pihaknya telah menerima lebih dari 20 laporan dari pengguna yang tidak berpuas hati berhubung dengan barangan yang dibeli menerusi rancangan jualan secara dalam talian itu sejak tiga bulan lalu.

“Kebanyakan pengadu menyatakan kualiti barang terutamanya peralatan memasak yang diiklankan dalam rancangan itu tidak sama seperti yang diterima.

“Justeru itu, kita meminta agar KPDNKK mengambil tindakan terhadap syarikat televisyen dan pembekal produk ini,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Sementara itu, salah seorang pembeli, Sheikh Hussien Sheikh Omar, 72 mendakwa beliau kerugian lebih RM1,000 setelah membeli beberapa produk termasuk mop lantai dan kuali.

“Apa yang ditunjukkan dalam demo rancangan itu tidak sama dengan apa yang diterima dari segi kualiti barang. Demo itu mengelirukan pengguna.

“Apabila kami menghubungi syarikat televisyen itu, kami terpaksa menunggu lama di talian dan putus asa untuk menunggu jawapan dari pihak syarikat,” katanya. – Bernama



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...