Wednesday, May 25, 2016

2768) WAJIBKAN PENDAFTARAN UBER, GRABCAR – PPIM – BERITA HARIAN ONLINE – 25/5/16



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan membuat kajian menyeluruh berhubung perkhidmatan teksi bebas, Uber dan GrabCar bagi membendung masalah yang tidak diingini pada masa depan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, mencadangkan supaya pemandu dan kenderaan digunakan dalam perkhidmatan terbabit didaftarkan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD) untuk memudahkan pihak berkuasa mengesan mereka jika berlaku kes jenayah.

“Memang tidak dinafikan perkhidmatan teksi baharu itu menjadi pilihan orang ramai kerana dipercayai lebih selesa dan murah berbanding teksi biasa. “Namun, orang ramai tidak seharusnya mengambil ringan isu keselamatan diri sendiri kerana penumpang teksi itu biasanya tidak tahu siapa pemandu atau pemilik kenderaan yang dinaiki,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri dan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi.


Sumber : http://ift.tt/1WeRYlH



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...