Friday, May 13, 2016

2742) JPV DIGESA UBAH POLISI – UTUSAN MALAYSIA – 13/5/16




KUALA LUMPUR 12 Mei – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) digesa mengubah polisi dengan memberi ke­utamaan kepada produk tempatan bagi menampung permintaan ternakan ruminan di negara ini.

Gesaan itu dilontarkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menekankan bahawa industri ternakan ruminan tempatan perlu dihidupkan dan diberikan keutamaan.

Katanya, perkara itu ditekankan kerana tidak mahu Malaysia terlalu bergantung kepada import ternakan ruminan dari luar, sedangkan segala kemudahan yang diperlukan ada disediakan di negara ini.

“Kita betul-betul ‘layu’. Tanah untuk ternak kita ada, cukup untuk ternak lembu, kambing, tetapi kita tidak ternak. Kalau mahu beli ternakan dari luar, kita boleh dapat lebih murah, tetapi tidak, beli yang mahal.

“Dalam hal ini, kami berpendapat bahawa JPV perlu mengubah polisi mereka, beri ke­utamaan kepada produk tempatan. Ini juga bagi membolehkan JPV di­lihat lebih telus dan tidak dikuasai atau ‘dimonopoli’ oleh pihak ter­tentu,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Nadzim memberitahu, terdapat dua kesilapan yang menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada ternakan ruminan ataupun tanaman yang diimport dari negara luar.

Katanya, kesilapan pertama ialah membabitkan polisi jabatan bertanggungjawab dan ke­duanya ialah pada rakyat Malaysia sendiri.

“Saya pernah lakukan tinjauan di pasar Chow Kit, bayangkan buah-buahan, sayuran yang dijual semua diimport, halia pun diambil dari Indonesia.

“Pada hal kita boleh tanam sendiri. Bukan mahu banyak pun, tanam sikit untuk kegunaan sendiri sahaja, kurang-kurang pun ada ha­lia, serai dan kunyit,” katanya.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...