Tuesday, May 17, 2016

2750) SINDIKET CUBA DAPATKAN BUTIRAN PERIBADI MELALUI SMS MINTA HUBUNGI MELALUI TELEFON – HARIAN METRO – 17/5/16


20160517105819674_0001

Kuala Lumpur: “Telefon saya sekarang. Ada perkara penting.” Itu kiriman SMS dihantar satu sindiket yang cuba menjadikan orang kenamaan dan selebriti tanah air sebagai mangsa untuk mendapatkan butiran peribadi sejak awal Mei lalu.

Antara yang hampir menjadi mangsa ialah pelakon Kazarudin Saisi atau Kaza dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang beberapa kali menerima SMS berkenaan daripada nombor tidak dikenali.

Kaza berkata, dia hairan bagaimana nombor telefon bimbitnya boleh diketahui orang lain, malah penghantar juga dipercayai berada di luar negara berdasarkan nombor pengirim yang berbeza dengan rangkaian telekomunikasi dalam negara.

“Saya memang terkejut bagaimana nombor telefon ini diperoleh orang lain. Saya langsung tidak mengendahkan mesej berkenaan kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

“Ayat yang digunakan juga seperti diterjemah menerusi Google. Saya kongsikan di Instagram bagi membolehkan orang ramai dan pengikut berhati-hati kerana sekarang macam-macam boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi semalam.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...