Tuesday, May 10, 2016

2724) SALAH PENGGUNA BELI KAIN ELA BERGAMBAR JESUS – PPIM – 10/5/16


Kain-Jesus
Pengguna sepatutnya melihat dan memilih produk yang mereka ingin beli dengan berhati-hati.


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyalahkan pengguna 
kerana membeli kain ela yang mempunyai cetakan gambar Jesus di sebuah gedung pakaian di ibu negara.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana pengguna sepatutnya melihat dan memilih produk yang mereka ingin beli dengan berhati-hati.

“Pengguna perlu berhati-hati dengan apa yang nak dibeli. Memanglah ada sedikit kelemahan di peringkat penjual yang mungkin tidak sensitif tapi dia boleh jual apa yang nak dia jual. Orang nak jual gambar kucing dia nak jual, dia jual semua.

“Kita nak beli ini kita pun kena tengok juga supaya kita tidak terbeli benda yang salah. Kalau beli online pun kita kena buat pilihan yang terbaik.

“Kita sendiri kena memainkan peranan selain daripada meminta pihak JAKIM ke KPDNKK, kita sendiri kena memainkan peranan yang cukup,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian berhubung aduan seorang wanita hanya menyedari kain ela yang dibelinya di sebuah gedung pakaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman mempunyai cetakan gambar Jesus, ketika hendak menjahit kain itu untuk dipakai pada Syawal nanti.

Aizawati Che Salleh, 40-an yang dipetik akhbar itu sebagai berkata, dia membeli kain sepanjang tiga meter itu di gedung berkenaan yang mengadakan promosi baru-baru ini.

Nadzim yang mengesahkan telah menerima aduan daripada wanita terbabit kelmarin berharap gedung pakaian itu akan membenarkan pembeli terbabit menukar kain ela mempunyai cetakan gambar Jesus itu.





Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...