Tuesday, May 10, 2016

2729) PROGRAM BUAL BICARA KUPAS ISU KEPENGGUNAAN DI BERNAMA TV – PPIM -10/5/16


KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Satu program bual bicara kepenggunaan, ‘Gerakan Kuasa Pengguna’, bakal menemui penonton bermula 10 malam Khamis ini di saluran Bernama TV.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata program itu, yang akan bersiaran secara langsung selama sejam, diadakan sempena 20 tahun penubuhan dan perjuangan PPIM dalam isu-isu kepenggunaan.

“Program sebanyak 13 episod ini juga mendapat sokongan daripada Yayasan Patriot Negara Malaysia dan Persatuan Anak Muda Islam Malaysia.

“Ia akan membawa isu-isu kepenggunaan dalam empat segmen iaitu ‘Cabaran Pengguna’, ‘To’ki Tegur Jangan Marah’, ‘Sembang Pengguna’ dan ‘Tips Pengguna’,” katanya dalam satu sidang media mengenai program itu di sini, hari ini.

Selain membincangkan topik kepenggunaan, program itu akan diserikan dengan penampilan ikon-ikon terkenal sebagai inspirasi kepada penonton.

Antara tokoh yang akan berkongsi pengalaman ialah Angkasawan Pertama Negara Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Maznah Hamid dan Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin.

— BERNAMA

Sumber : http://ift.tt/27aGaEL



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...