Wednesday, May 11, 2016

2734) IKUTI PROGRAM BUAL BICARA BERKAITAN ISU KEPENGGUNAAN BERTAJUK GERAKKAN KUASA PENGGUNA SETIAP HARI KHAMIS BERMULA 12 MEI 2016 INI PUKUL 10.00MALAM HANYA DI BERNAMA TV SALURAN 502 ASTRO – PPIM – 10/5/16



Sebagai menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kami akan menerbitkan siri bual bicara (Talk Show) sebanyak 13 episod, 1 jam setiap minggu di bernama Tv, Saluran Astro 502. Siri Khas ini akan mendedahkan masalah pengguna dan penipuan, kelemahan agensi-agensi tertentu dalam menjalankan tanggungjawab mereka demi menyediakan infrastruktur, perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik untuk pengguna Malaysia dan kami ingin menjadikan siaran ini siaran yang paling berkesan untuk pengguna Malaysia.

Antara masalah pengguna yang sering menghantui masyarakat kita adalah penipuan sindiket gores dan menang, judi, ah long, caj tersembunyi, kecuaian perkhidmatan, kebankrapan, rumah terbengkalai, status halal dan keselamatan produk makanan, masalah sosial di kalangan anak muda, harga, rasuah, kualiti kebersihan, kesihatan serta lain-lain.

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=50FOlfj76uE



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...