Saturday, October 10, 2015

2881) PENSYARAH KANAN UiTM DEDAHKAN TANAH RIZAB MELAYU HANYA TINGGAL 11%!


RASANYA sudah terlalu banyak forum dan perbincangan berkaitan masalah tanah rizab Melayu yang semakin berkurangan diadakan saban tahun.

Kini tinggal 11% sahaja tanah rizab Melayu yang tinggal, berbanding 50% yang sepatutnya ada jika dirujuk kepada Wasiat Raja Melayu.

Fakta ini didedahkan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hasrol Hafiz Aliasak pada tahun lepas.

Ada 5 faktor pentingnya tanah bagi sesuatu bangsa: 
1. Tanah sebagai asas pembentukan negara bangsa. 
2. Tanah juga dilihat sebagai salah satu daripada faktor pengeluaran ekonomi. 
3. Tanah juga sebagai lambang kedaulatan sesebuah bangsa atau kaum di sesebuah negara. 
4. Tanpa tanah, tiada wujudnya bangsa.  
5. Semua bangsa mempunyai tanah tumpah darahnya KECUALI bangsa Israel kerana ENGGAN menerima perintah Allah untuk menduduki bumi Yabus (Palestin Moden).

Admin tidak mahu generasi kita akan datang menyalahkan kita yang hidup di zaman ini kerana tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah warisan daripada nenek moyang terdahulu.

Dari sudut perundangan, bukan tiada akta yang menjaganya tetapi apabila ia melibatkan ketirisan dalam aspek pelaksanaan, inilah yang bakal menyebabkan tanah kita tergadai.

Akhir sekali, Admin memetik kata-kata mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Yusof bahawa tanah rizab Melayu boleh ditambah kembali dengan syarat wujudnya ‘political will’ di kalangan ahli politik yang menguasai kerajaan negeri.

“Saya pernah terlibat dengan satu mesyuarat bersama menteri-menteri besar, dalam mesyuarat itu membincangkan soal penggantian semula Tanah Rizab yang diambil oleh kerajaan negeri.

“Namun malangnya kebanyakan menteri besar tidak mahu mengganti semula atas alasan harga tanah itu akan jatuh lalu dibeli dengan harga yang murah, sedangkan terdapat orang bukan Melayu yang sanggup membeli dengan harga mahal,” kata beliau. - ISMAWEB

1 comment:

Anonymous said...

dari tulisan tu nampak macam seolah2 kerajaa2n negri kekurangan "stretegic thinking" agak nya depa cuma tertumpu dgn duit makan minum berak kencing ja...hal genarasi akan datang panda lahi mereka tentukan sendiri gitu...

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...