Friday, June 26, 2015

2718) Tabung Jalinan Budi: Perbincangan PPIM Dengan Duta Besar Palestin (Gambar)


Pada 19 Jun 2015 lalu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Paduka Nadzim Johan telah bertemu dengan Duta Besar Palestin, Dr. Anwar Al-Agha bersama Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Kerajaan TESCO, Datuk Azlan Shah Alias bagi membincangkan mengenai pelancaran Tabung Jalinan Budi.



Apa itu Tabung Jalinan Budi?


Tabung yang ditubuhkan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), Yayasan Penyayang dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta bagi membantu golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Ditubuhkan di bawah tema Komuniti, Rawatan Kanser dan Bantuan Kemanusiaan, inisiatif yang dilakukan oleh Tesco itu diharap dapat membantu seramai mungkin kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan menyediakan kehidupan lebih berkualiti.

Usaha itu merupakan komitmen baharu selepas kejayaan Tesco membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...