KUALA LUMPUR - Konsesi lebuh raya perlu menimbang cadangan memberikan diskaun tol kepada pengguna sekiranya berlaku kesesakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, terdapat konsesi lebuh raya yang mengaut keuntungan dan tidak menjadi kesalahan untuk mereka memberikan diskaun kepada pengguna.
“Saya sokong usaha begini dan konsesi lebuh raya perlu pertimbangkan. Mereka kena ada elemen kebajikan.
“Apa yang dilakukan ini boleh dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat. Jika syarikat konsesi sudah dapat keuntungan dan mahu beri diskaun kepada pengguna, itu satu perkara yang bagus,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) agar konsesi lebuh raya memberikan diskaun tol kepada pengguna pada waktu puncak.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/menteri-konsesi-tol-patut-pertimbang-beri-diskaun-1.404718
No comments:
Post a Comment