Thursday, June 25, 2015

Pembaziran Makanan: Kenapa Tak Salurkan Sahaja Kepada Gelandangan?

Walaupun ramai penduduk negara kita merungut akan kesempitan hidup kerana peningkatan kos sara hidup, tetapi majoriti dari kita yang masih mengamalkan budaya pembaziran secara tidak sedar.

Tahukah anda, setiap hari pada bulan Ramadhan setiap tahun rakyat negara Malaysia membuang 9000 tan makanan yang ‘tidak diusik’ dan boleh dimakan?

Jumlah ini bersamaan dengan 270,000 tan untuk sebulan dan jika disusun semula, ianya sama dengan ketinggian 30 bangunan KLCC!

Berdasarkan sumber, jumlah makanan yang telah dibazirkan ini boleh dihidangkan kepada enam kali ganda daripada jumlah penduduk negara kita, iaitu 180 juta orang.

Adalah lebih baik sekiranya makanan yang 'tidak diusik' ini dikumpul dan diagihkan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti gelandangan dan fakir miskin.

Disamping itu, makanan ini juga boleh diagihkan kepada tahanan lokap polis daripada dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah.

Perkara ini juga telah dibangkitkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Paduka Nadzim Johan.


Ironinya, budaya yang kita amalkan ini persis seperti apa yang dipaparkan dalam video ini:


Sama bukan?

Tidakkah kita pernah terfikir akan kesusahan yang terpaksa ditempuh oleh orang lain yang begitu terseksa untuk mendapatkan walau secubit makanan? Bayangkan jika kita berada ditempat mereka?

Sila tonton video dibawah:


Budaya pembaziran ini pasti dapat diatasi sekiranya kita semua masing-masing mengamalkan sikap bersyukur dan tidak tamak.





1 comment:

Unknown said...

ppim dan ngo2 elok wujudkan food bank mcm yg banyak terdapat di bandar2 di us dan europe di mana makanan2 yg hampir tamat temppoh dan tak terjual dikumpulkan dan sesiapa yg memerlukan boleh mendapatkannya, org ramai yg ingin menderma makanan2 dlm tin/kotak pun boleh hantar ke sana, jumlah food bank di negara2 maju makin meningkat kerana kos sara hidup yg tinggi di bandar2 dan malaysia pun ke arah masalah yg sama bila semakin menuju negara maju, contoh food bank di ohio us dan new zealand dlm youtube:


https://www.youtube.com/watch?v=OV-UU_t7Cbw


https://www.youtube.com/watch?v=KRDfMLqhkgg

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...