Monday, June 15, 2015

2684) KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN - 13/06/15 - Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) WPKL Siri 13

YBhg. Datuk Seri Adnan bin Hj Md Ikshan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan mengetuai Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) WPKL Siri 13.

OPS BAH yang dijalankan di Rootz Club KL bermula jam 11.30 malam dan berakhir jam 3.30 pagi. Pihak AADK telah membuat saringan terhadap 80 orang. 6 orang didapati positif dadah jenis ganja & Methamphetamine. Pihak Kastam pula telah merampas sebanyak 513 botol arak diatas kesalahan tiada lesen minuman keras. Notis Perintah Hadir telah dikeluarkan oleh pihak JAWI kepada 95 orang di bawah kesalahan Penyubahatan Seksyen 43 (Akta 559) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Sebanyak 8 unit peralatan muzik (audio visual & PA sistem) telah dirampas oleh pihak DBKL dibawah Seksyen 46(1), Akta Hiburan (WPKL), 1992 dan Kertas Siasatan (P) Hiburan. Pihak Imigresen telah membuat pemeriksaan terhadap 41 warga asing. Tiada tangkapan dibuat kerana warga asing memiliki pas yang sah.

OPS BAH ini turut disertai oleh Datuk Normah Malik, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi), DBKL, pelbagai Agensi Kerajaan & juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Alumni Fakulti Sukan dan Rekreasi UITM, Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputra WPKL, Majlis Belia WP, Pertubuhan Epanco dan Angkatan Harapan Bersatu (AHB), Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia & Unirazak yang bertindak sebagai pemerhati. Jumlah kekuatan OPS BAH sebanyak 265 orang.











No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...