Wednesday, June 24, 2015

2711) HARIAN METRO - 22/06/15 - Cipta Akta Kawal Pembaziran Makanan


Kuala Lumpur: “Kita pernah menyuarakan kepada industri hotel mengenai amalan pembaziran tetapi suara polisi yang ‘angkuh’ terus kedengaran kononnya kualiti makanan perlu dijaga dan ada juga polisi bahawa makanan perlu dibuang selepas tujuh minit. Sebab itu, perlu ada satu kaedah dan untuk mewujudkan satu akta bagi mengawal amalan buruk ini daripada terus berlaku, ” tegas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata demikian bagi membidas amalan pembaziran makanan yang keterlaluan membabitkan industri hotel khususnya sepanjang Ramadan selain menawarkan jumlah menu yang tidak masuk akal iaitu sekitar 100 hingga 200 menu bagi setiap hotel.

Nadzim berkata, kawalan menerusi penguatkuasaan undang-undang perlu diwujudkan kerajaan bagi menangani amalan buruk itu dalam kalangan rakyat Malaysia memandangkan perkara itu sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Katanya, kaedah khusus perlu difikirkan untuk mewujudkan satu akta iaitu Akta Pembaziran Makanan yang bukan saja boleh mengawal amalan pembaziran makanan tetapi juga mendidik masyarakat dalam perkara itu.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/59679

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...