Monday, June 15, 2015

2681) SINAR HARIAN - 15/06/15 - Tabung Kanak-Kanak Jalinan Budi di Tesco

PASAR raya terkemuka negara, Tesco mengumumkan kolaborasi bersama Universiti Malaya (UM), Yayasan Penyayang dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta bagi membantu kesihatan dan perkembangan sosio-ekonomi kanak-kanak kurang bernasib baik setempat, seluruh negara dan di peringkat antarabangsa.  

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Datuk Georg Fischer berkata, Tesco Malaysia akan meneruskan misi ini memandangkan diberi kepercayaan serta sokongan padu.

"Lebih-lebih lagi, pelanggan kami meletakkan harapan tinggi kepada peruncit terkemuka seperti kami memberi semula kepada komuniti di mana kami beroperasi,” katanya.

Jelasnya setelah lebih sedekad, Tesco Malaysia telah mengetuai pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat, menyentuh kehidupan ramai kanak-kanak di seluruh Malaysia.

"Hari ini, kami memanjangkan pengalaman dan kepakaran rakan amal kami untuk membantu kanak-kanak di Malaysia dan negara-negara di mana bantuan amat-amat diperlukan,” katanya.

Sebagai permulaan, Tesco komited menyumbang dana awal RM500,000, di mana bakinya akan diraih melalui pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang tahun seperti lelongan lukisan, acara tahunan Tesco Walk for Life dan melalui tabung yang disediakan di kaunter pembayaran Tesco seluruh Malaysia.

Tabung ini ditubuhkan di bawah tema Komuniti, Rawatan Kanser dan Bantuan Kemanusiaan.

Pelancaran Tabung ini telah dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...