Saturday, June 18, 2011

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ( PPIM ) MENGENAI KENAIKAN HARGA LANGGANAN PAKEJ ASTRO DAN KUALITI PERKHIDMATAN ASTRO




KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA ( PPIM )
MENGENAI KENAIKAN HARGA LANGGANAN PAKEJ ASTRO
DAN KUALITI PERKHIDMATAN ASTRO


Merujuk kepada pelbagai kenyataan media mengenai kenaikan harga dan kualiti perkhidmatan Astro, PPIM difahamkan lesen penyiaran tv berbayar menggunakan medium satelit telah diberikan secara EKSKLUSIF kepada Astro selama dua puluh (20) tahun sehingga 2017. Ini bermakna Astro mempunyai MONOPOLI untuk mengutip hasil langganan daripada semua pengguna termasuk premis perniagaan untuk membiayai operasinya.

Dengan monopoli yang diberikan begitu lama, sesungguhnya Astro tidak mempunyai persaingan bagi perniagaan tv satelit berbayar. Malangnya, sejak lebih 10 tahun yang lalu, pengguna dihelah untuk membayar langganan bulanan dan pada masa yang sama dipaksa menyaksikan iklan TV komersil.

Semasa permulaan siaran Astro, pelanggan dijanjikan siaran TV berbayar dan tidak mempunyai iklan. Kini, PPIM menerima banyak aduan daripada pelanggan siaran TV berbayar Astro tidak kurang bezanya dengan siaran TV percuma akibat pelambakan iklan TV yang dianggarkan bernilai sekitar RM200 juta setahun.

Selain itu, banyak lagi kelemahan yang menjadi rungutan pengguna sebagaimana tersenarai di bawah:-

1.     Semasa hari hujan, semua siaran tidak dapat ditonton;
2.     Gangguan siaran semasa hujan tidak digantirugi oleh Astro kepada Pengguna;
3.     Yuran sambungan RM 20 tidak munasabah kerana bukannya kerja berat menggunakan spanar atau kerja yang sukar;

4.   Disebabkan kegagalan Astro berfungsi semasa hujan, antara fungsi utama TV menyampaikan berita telah gagal kerana semua TV menggunakan siaran Astro sekarang;
5.     Jika pelanggan ke luar Negara dan tidak membayar bil, maka Astro masih mengenakan bayaran dan perlu membayar fee kepada bulan-bulan yang tidak ditonton langsung;
6.   Hampir semua hak siaran sukan rakyat seperti Badminton dan juga bolasepak telah dibeli oleh Astro dan rakyat yang tidak menyewa Astro tidak boleh menikmatinya walaupun sebelum ini acara sukan tersebut dapat ditontoni secara percuma ini;
7.    Ramai pengguna merungut pihak Astro memaksa mereka untuk mengambil pakej baru yang lebih mahal apabila decoder/kad mempunyai masalah;
8.  Pada saluran tertentu di Astro, dilihat ada usaha menyebarkan agama lain di sedangkan perkara ini tidak dibenarkan sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang agama rasminya adalah Islam.

PPIM berpendapat tiada sebarang sebab munasabah yang boleh dibawa oleh pihak Astro bagi memberi justifikasi menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana keuntungan Astro sebagai pengusaha MONOPOLI tv satelit kini meningkat daripada RM650 juta pada 2009 kepada RM800 juta pada 2010.

Sebarang kenaikan atau ‘price adjustment’ yang ditagih Astro ketika ini dilihat sebagai satu usaha yang berlawanan dengan usaha kerajaan menjaga kepentingan pengguna & rakyat.

PPIM percaya sekiranya pihak Kerajaan melalui Khazanah Nasional mampu melaksanakan moratorium kenaikan harga tol konsesi PLUS selama lima (5) tahun, pihak Astro yang 30% dimiliki kerajaan melalui Khazanah juga boleh berbuat demikian demi meringankan beban kos kehidupan rakyat.

Oleh yang demikian, PPIM menggesa dan menuntut:

1. Astro tidak menaikkan harga pakej langganan dan sebaliknya menurunkan kadar langganan oleh sebab KONSESI monopoli yang dinikmati selama ini sehingga 2017;

2. Astro mempertimbangkan cadangan PPIM untuk menawarkan pakej prepaid kepada pelanggannya tanpa mengenakan caj langganan yang tidak munasabah;

3.  Astro mengambil tindakan segera memperbetulkan polisi dan kadar penyambungan semula dan menambahbaik kualiti perkhidmatan terutama apabila hujan;

4.  Kementerian Penerangan (KPKK) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM):

a. Mengkaji semula kebenaran yang diberikan kepada Astro menyiarkan iklan TV selama sepuluh (10) minit setiap jam dan seterusnya menghadkan atau tidak membenarkan siaran iklan TV;
b. Memastikan Astro tidak memonopoli secara eksklusif hak siaran rancangan atau acara yang diminati rakyat;
c. Pengguna yang tidak melanggan Astro masih dapat menonton rancangan atau acara yang diminati secara percuma.

5.  Pihak KPKK dan SKMM dengan nasihat JAKIM dan Majlis Keselamatan Negara mengkaji semula syarat dan terma lesen yang diberikan kepada Astro memandangkan terdapat beberapa keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan Negara dan juga menafikan matlamat utama stesen penyiaran TV.   

PPIM menyeru semua pelanggan dan pengguna beramai-ramai menghantar isyarat bahawa kita semua jemu ditipu dan diambil mudah! Kali ini kita mahu hak pengguna menjadi  asas dan rujukan utama sebarang keputusan yang dibuat  oleh mana-mana pihak.

Bersatulah pengguna dan marilah kita memboikot ASTRO sehingga mereka akur kepada  tuntutan-tuntuntan tersebut di atas. [END] 

6 comments:

Unknown said...

sokong 1000000000000000%

iburafiq said...

Astro ni untuk orang yang mempunyai banyak masa lapang. Takde apa benda nak buat, tu yang tengok tv manjang. cuba2 la tukar kpd aktiviti lain mcm membaca majalah/novel, blogging, bersiar2 dgn keluarga. Tanpa Astro, hidup kita akan lebih bermakna. cubalah....

InTech said...

Amat Bro

Saya sokong 100% usaha PPIM dan teruskan tindakan boikot kerana Astro benar2 telah menghisap darah pennguna. Baru-baru ini saya telah dihubungi pihak Astro supaya menukar kpd Astro Beyond kerana Astro hendak menaik taraf. Daripada RM69.95 caj yang dikenakan sekarang akan dinaikkan kpd RM92.00 bila ditukar kpd Astro beyond. Pihak Astro seolah mengugut sekiranya tidak ditukar kpd Astro beyond, Astro yang saya langgan ini akan dimansuhkan. Saya memberitahu pihak Astro tidak berminat. Kesan jawapan yang saya beri, pihak Astro telah menyekat penggunaan remote control untuk menukar channel dan sebagainya. Tindakan Astro amat kejam dan rakus didalam mengaut keuntungan. BOIKOT ASTRO!!!

daturaAINnoXia said...

x semua orang berkesempatan/suka menonton semua channel...lebih2 lagi yg percuma ....(adakah ini benar2 percuma ?)
kan lebih baik pehak astro memberi pilihan siaran yg diminati dgn kadar yg munasabah/rendah...(tolak kos yg kononnya percuma)

naceriy said...

saya menyokong Rozy. ASTRO ini sebenarnya untuk Golongan berada shj. Bagi yang xmampu melanggan, kita masih ada siaran TV percuma. usah langgan jika mahal. Barang yang berkualiti, yg cantik dan elok mmg mahal. kita xsepatutnya pertikai, mereka kan berniaga, mmglah perlukan keuntungan. Jika Khazanah juga kena beri subsidi, tiada guna Khazanah involve jadi shareholder ASTRO. X memberi keuntungan sekaligus membazirkan duit negara. Justeru, rakyat Malaysia kenalah faham, ASTRO bukan barangan asas kehidupan...

Dein said...

sekarang bukan lagi barang kepeluan tapi bila semua siaran tv free utk rakyat pun diorang tawan...dah timbulkan masalah tu....skrg ni nak tengok bola pun ekna pegi kedai mamak....cam harem je...

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL