1) 15 JUN 2011
PETIKAN UTUSAN : Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi
KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.
Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.
2) 19 JUN 2011
PETIKAN THE STAR/ASIA NEWS NETWORK : OUR SAUCES DON'T CONTAIN PIG DNA, SAY COMPANIES
PETALING JAYA, Malaysia - HJ Heinz and McIlhenny Company, the brand owners of HP Sauce and Tabasco pepper sauce respectively, have denied claims that the products were not halal-certified.
The companies said HP Sauce and Tabasco were in full compliance with regulatory guidelines by halal-certification bodies.
"HP Sauce is certified halal by Halal Audit Company, an Islamic certification authority in the Netherlands where the factory is located.
"Heinz, which is the manufacturer of HP Sauce, has done tests for traces of pig DNA and has submitted the results to the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) and no trace of pig DNA was found,'' the companies said in a statement.
Mcllhenny said Tabasco was certified halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America, an Islamic authority in the United States.
The company said Tabasco sauce used only natural ingredients and did not contain any animal by-product.
-The Star/Asia News Network
PPIM : Pengguna harus sentiasa waspada dari memakan makanan haram. Apa kata JAKIM tentang kenyataan terbaru ini ?
3 comments:
Salam,
Patut masukan dalam http://www.halalsurf.com utk disebarkan seluruh dunia. Thanks
Jadi lah ahli percuma seumur hidup
Kalau macam ni parah - siapa yang nak dipercayai?
Pada asasnya JAKIM tidak berasaskan keuntungan, tetapi syarikat pengeluar sememangnya mencari untung - dakwaan siapa yang ligik?
Sila lawat www.alhusna.info untuk maklumat lanjut.
Post a Comment