Monday, June 27, 2011

SEKITAR KENYATAAN MEDIA MENGENAI BOIKOT ASTRO






PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
No. 70X Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-425 77 222 Faks: 03-4256 6617
Hotline: 019-359 1000 Laman Web : www.muslimconsumer.org.my


KENYATAAN MEDIA 27hb Jun 2011 PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM):
Boikot Astro! Kerana Pentingkan Keuntungan Lebih Daripada Pengguna

Merujuk kepada kenyataan media PPIM betarikh 17hb Jun 2011 mengenai kenaikan harga dan kualiti perkhidmatan Astro dan juga kenyataan media oleh En. Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro bertarikh 24hb Jun 2011 di Star bertajuk Price revision is ‘inevitable’, PPIM amat berdukacita pihak Astro tidak berganjak daripada keputusannya menaikkan harga pakej langganan berkuatkuasa Julai 2011 walaupun mendapat desakan daripada beberapa Persatuan-Persatuan Pengguna dan juga Kementerian berkaitan untuk tidak berbuat demikian.

PPIM kesal dengan sikap Astro yang tidak prihatin langsung terhadap rungutan pengguna yang rata-rata tidak bersetuju dengan notis kenaikan harga berkuatkuasa Julai 2011. Ini berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan PPIM di laman blog www.muslimconsumer.org.my. Sikap demikian mencerminkan keperibadian Astro yang bertentangan dengan semangat 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diperjuangkan Kerajaan.

PPIM ingin menyedarkan semua pengguna, Astro hanya berminat untuk mengaut keuntungan daripada pengguna yang tidak mempunyai pilihan kerana siaran TV berbayar melalui SATELIT DIMONOPOLI ASTRO selama DUA PULUH (20) TAHUN. Rungutan dan keperluan pengguna kepada perkhidmatan yang berkualiti tidak diendahkan Astro kerana tiada persaingan.

Pihak Astro pula sentiasa menyalahkan syarikat TV berbayar lain atas kenaikan kos kandungan sedangkan pihak Astro mempunyai sumber kewangan yang kukuh hasil daripada lesen monopoli tv satelit yang dinikmati selama ini untuk membida kandungan pada harga yang amat tinggi berbanding pihak lain.

Setelah hampir sepuluh (10) tahun mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada langganan pengguna dan juga hasil iklan TV, pihak Astro telah menunjukkan keangkuhannya dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga langganan tanpa berbincang dengan pihak berwajib.

Memandangkan pihak Astro tidak mengendahkan tuntutan pengguna melalui PPIM yang dibuat pada kenyataan media bertarikh 17hb Jun 2011, PPIM menggesa semua pelanggan dan pengguna Astro bersatu dan memboikot ASTRO sehingga mereka akur kepada  tuntutan-tuntuntan tersebut.

Pada fasa pertama ini, PPIM akan bertindak melalui ahli-ahlinya dengan:
1. Tidak membayar bil langganan bulanan Astro selama tiga (3) bulan  berturut-turut;
2. Memboikot produk dan perkhidmatan para pengiklan yang mengiklan di Astro melalui kuasa pengguna yang sedia ada; dan
3. Menuntut Kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) mengambil tindakan untuk membela hak pengguna melalui pelbagai Akta sedia ada seperti Consumer Protection Act 1999 dan Communication & Multimedia Act 1998.[end]

12 comments:

Nizam said...

support 100%!

azwandengkil said...

Cadangan untuk tidak membayar bil Astro selama 3 bulan berturut adalah satu perkara mengarut kerana akan membebankan kembali pemilik akaun tersebut. Boleh ke PPIM tampil membantu jika surat lawyer datang untuk menuntut hutang?

Apa yang perlu dilakukan oleh PPIM sebenarnya ialah kempen mengumpul ahli dan pengguna Astro untuk menamatkan terus langganan mereka. Kumpul seberapa banyak pengguna Astro yang ingin turut serta dan berarak beramai-ramai ke pejabat Astro untuk menamatkan dan menyerahkan kembali kad Astro. Insya Allah saya akan turut serta.

Unknown said...

sokongan penuh daripada saya.
kita selaku pengguna harus bersuara dan tidak hanya tunduk pada kuasa besar semata-mata

Anonymous said...

aku dh tamat turus perkhidmatan dgn astro.

Unknown said...

amat bersetuju dengan azwandengkil... kumpulkan semua pengguna astro yang bersetuju untuk turut serta dan tamatkan perkhidmatan beramai-ramai serentak di seluruh Malaysia

Imran Nang said...

tak bayar 3 bulan bil? lepas sebulan je due, astro dh potong .. baik tutup je terus, pakai antena, susah sangat jangan bukak tivi, banyak lagi dosa daripada pahala je ..

rudy syah said...

setuju dgn saranan azwandengkil...!!

fm9060 said...

setuju sangat nak boikot ASTRO tu.....ASTRO mmmg tak akan dengar tuntutan dr pihak rakyat dan juga PPIM. Pihak kerajaan yg patutnya mengambil langkah yg lebih proaktif
..beginilah jadinya kalau sesuatu perkhidmatan itu dikuasai oleh satu pihak saja...mereka jadi angkuh dan tidak berperikemanusiaan.

Anonymous said...

susah ape, pakat bawa piring masing2 la pas ney..

zulk said...

saya tak langgan ASTRO pun walaupun mampu tapi ada orang Islam walau tak mampu nak langgan juga astro.
Duit bulanan kena bayar, bil letrik tinggi.

Jangan langgan ASTRO, banyak hiburan sahaja.Tak meninggalkan kesan pun kalau tak tengok ASTRO

JOM POTONG ASTRO

http://jomduit.blogspot.com/

ismaton said...

boikot ASTRO!!!!!!!!! MENYUSAHKAN JER...SUMA NAK NAIK..INGAT KITA NI APA...NAK TENGOK TV PON SUSAH!!!!

X DAK KER PIHAK BERWAJIB YANG BOLEH MENGHALANG PIHAK ASTRO NI!!!!!!

Hafizan said...

Saya rasa kerajaan harus mainkan peranan untuk mengawal kenaikan harga ini....

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...