Thursday, June 9, 2011

SEKITAR SIDANG MEDIA BERHUBUNG KENAIKAN HARGA LANGGANAN PAKEJ ASTRO DAN KUALITI PERKHIDMATAN ASTRO


KENYATAAN MEDIA7hb Jun 2011 PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)MENGENAIKENAIKAN HARGA LANGGANAN PAKEJ ASTRO DAN KUALITI PERKHIDMATAN ASTRO

Merujuk pada kenyataan yang dikeluarkan astro pada 7 Jun 2011 melalui akhbar arus perdana dan Bernama, PPIM amat  berdukacita di atas notis pelarasan dan peningkatan harga langganan pakej premium astro yang berkuatkuasa 11 Julai 2011. 

Di dalam keadaan ekonomi negara yang amat mencabar rakyat terutama terhadap golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang terpaksa mengharungi implikasi kenaikan harga barangan asas dan makanan seperti minyak, gula dan tekanan kenaikan kadar inflasi yang semakin meningkat, pihak astro dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga langganan tanpa mengambil kira kesan negatif kepada pelanggan.

PPIM berpendapat astro tidak mempunyai sebab yang kukuh menaikkan harga dengan alasan kenaikan kos kandungan dan perbelanjaan aset tetap kerana keuntungan astro sebelum cukai, faedah dan susutnilai (EBITDA) selama ini mampu menyerap kenaikan kos operasi mereka (EBITDA 2010: RM800 juta manakala EBITDA 2009: RM650 juta)  

Tambahan pula, dengan lesen EKSKLUSIF penyiaran satelit terus ke rumah (exclusive satellite DTH broadcasting license) selama DUA PULUH (20) TAHUN sehingga 2017, astro tiada mempunyai persaingan untuk memasarkan perkhidmatan siaran TV berbayar satelit kepada lebih tujuh (7) juta isi-rumah (household) yang terdapat di Malaysia.

Setelah lebih sepuluh (10) tahun mengaut keuntungan hasil daripada langganan rakyat Malaysia, sudah tibalah masanya bagi astro melaksanakan tanggungjawab korporat bersama-sama memikul beban kenaikan kos kehidupan yang dihadapi pengguna dengan menyerap kenaikan kos operasi dan tidak sesuka hati menaikkan caj langganan. PPIM menggesa cadangan kenaikan harga langganan oleh astro ditarik balik.
PPIM juga sering menerima pelbagai rungutan pelanggan astro mengenai mutu perkhidmatan dan masalah-masalah seperti berikut:1. Caj penyambungan semula yang tinggi;2. Tiada rebet diberikan semasa gangguan terutama akibat hujan;3. Kandungan dan rancangan yang selalu diulang tayang;4. Siaran iklan TV yang banyak walaupun telah membayar langganan yang tinggi setiap bulan.

Oleh yang demikian, PPIM menggesa Kementerian-Kementerian yang berkaitan seperti KPDNKK, KPKK dan SKMM menggunakan kuasa yang diamanahkan dan kebijaksanaan melindungi HAK PENGGUNA yang selalu ditindas syarikat gergasi seperti astro.

Sebagai sebuah Kerajaan yang sentiasa "mendahulukan rakyat", kenaikan harga pakej langganan harus dipantau dan dikawal selia pihak Kerajaan memandangkan perkhidmatan siaran TV melalui satelit merupakan siaran asas atau tontonan utama kepada lebih 2.5 juta pelanggan astro atau 10 juta rakyat Malaysia. 
\
PPIM percaya sekiranya syarikat astro boleh dilindungi daripada persaingan melalui MONOPOLI yang diberikan Kerajaan, pihak Kerajaan juga MAMPU & WAJIB MELINDUNGI RAKYAT DAN PENGGUNA daripada kenaikan harga langganan yang tidak terkawal dan kualiti perkhidmatan yang dibawah paras yang boleh diterima rakyat.

PPIM pasti syarikat astro akan mengambil kira rintihan SUARA PENGGUNA yang melanggan kepada perkhidmatan siaran TV BERBAYAR astro memandangkan TANPA PENGGUNA & PELANGGAN TIADALAH ASTRO.

Lain - lain Link :


4 comments:

Tengku Azmi said...

Perkara ini adalah ujian terbesar kepada pengguna (rakyat Malaysia). ASTRO sedar daya juang rakyat Malaysia terlalu lemah maka mereka telah menguasai minda setiap pelanggan. ASTRO bukan keperluan asasi, jika pengguna mengambil tindakan bersama memboikot pasti akan melumpuhkan mereka. Fikirlah.

Sila lawat www.alhusna.info untuk maklumat lanjut.

Abdullah - 807071 said...

Inilah masalah kami di Sabah dan Sarawak ni. Tak ada Astro, tak dapatlah menonton tv. Sebab itu Astro besar kepala, sebab pasukan simpanannya banyak di Sabah dan Sarawak. Apa boleh buat, siaran tv kerajaan masih lemah di sini! Mahu atau tidak, terpaksa melanggan Astro. Kawasan bandar sahaja yang ok sedikit siaran RTM. Kalau luar bandar... Macam kat semenanjung 20 tahun yang lalu.

Al-Mukhtar said...

En Abdullah,

Bukan hanya di Sabah dan Sarawak, kami yg tinggal di Lembah Kelang (terutama dikawasan Hulu Langat) juga bermasalah dgn siaran TV percuma. Gambar TV1, TV2 dan TV3 tidak jelas. Itu sebab pakai ASTRO. PPIM sewajarnya mendesak kerajaan untuk memecah monopoli ASTRO ni..

MrCam said...

BULAN JUN ARI TU NAIK JADI 90++. BILA TIMBUL KOMPLEN TURUN JADI 80++. TAPI SEME KENA BAYAR TAKDE PENYELRASAN BALIK. SKRANG BULAN OGOS NAIK BALIK JADI 90++. KENA MAIN GITU JE KAN

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...