Tuesday, January 18, 2011

[sim] KOMPLEN : Perkhidmatan Hong Leong Bank


From: lily madom <lea_paulie@yahoo.com>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Fri, 14 Jan 2011 02:01:12 -0800 (PST)
Subject: [sim] KOMPLEN : Perkhidmatan Hong Leong Bank


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sudah posting luahan rasa ni dalam facebook. Tetapi saya sengaja cut n paste semula untuk bacaan warga dua grup yahoo ini yang mungkin tidak mempunyai akaun facebook supaya sama-sama mendapat iktibar daripada kejadian malang yang menimpa saya. Bayangkan... kesusahan yang terpaksa saya lalui selama 8 tahun apabila tidak ada satu Bank pun yang mahu meluluskan pinjaman terutama apabila saya hendak membantu emak ubah suai rumah, menyambung belajar, membeli kereta dan membeli hartanah gara-gara sikap sambil lewa mereka.


Awal cerita bermula dengan kisah aku membayar habis dua kad kredit Hong Leong Bank (HLB) sekitar tahun 2003. Tapi aku masih ingat aku menggunting kad kredit berkenaan di hadapan pegawai bank Hong Leong Taman Kinrara. Selepas dari itu aku selalu bermasalah apabila hendak membuat pinjaman. Aku beranggapan yang aku ni mungkin ccris sebab menjadi penjamin kawan. Sehinggalah semalam aku dan suami tergerak hati hendak menyemak status ccris kami di Bank Negara.

Terperanjat sungguh kami apabila mendapati nama aku disenaraikan di bawah Pemerhatian Khas. Apa salahku? Kenapa pulak nama aku di bawah pemerhatian khas sedangkan aku tak berhutang satu sen pun dengan HLB? Pegawai Bank Negara yang baik hati telah membantu aku mendapatkan nombor telefon HLB. Aku terus menelefon HLB berkenaan perkara ini dan pegawai yang menjawab telefon meminta aku menghubungi Credit Control Department.

Allah saja yang tahu betapa susahnya Department Credit Control HLB nak angkat phone. Sia-sia sejam menunggu talian asyik sibuk. Aku telefon semula HLB untuk mendapatkan alamat penuh. Bila tanya Credit Card Control Dept di mana ya, saya ingin dapatkan alamat penuh? Depa jawab PJ. Ya lah saya tahu PJ tapi apa nama jalan, lorong, sebelah bangunan apa.. PJ tu besar kan? Then barulah pengawai tu terhegeh-hegeh nak cari.

Disebabkan marah dan geram, aku terus mengajak suami meredah highway dari Bank Negara ke pejabat Credit Control Department di Seksyen 51A, PJ. Berjam-jam aku ronda keliling Seksyen 51A. Haram nak jumpa jalan. Minyak kereta isi RM30 pun hangus macam tu je. Sehinggalah aku terpaksa meminta bantuan kawan yang mempunyai internet di rumah.

Tiba di sana, aku diminta menunggu dalam bilik mesyuarat. Habis masa 20 minit menunggu. Selepas puas kami memberi isyarat mata kepada receptionist, barulah seorang pegawai terhegeh-hegeh datang.

Apabila aku meminta mereka membuat penjelasan sambil menunjukkan salinan ccris dari Bank Negara barulah mereka mengaku bahawa bank cawangan tak update dengan mereka mengenai hal ini. Habis itu mereka simply buat keputusan letakkan nama aku under Pemerhatian Khas? Kenapa tidak ada sesiapa pun menghubungi nombor telefon yang sudah aku gunakan sejak tahun 1997 sehingga sekarang atau pejabat yang aku bekerja sejak 15 tahun dulu sehingga sekarang?

Nombor telefon aku dan alamat pejabat aku ada pada mereka. Susahkah hendak bertanya khabar kepada aku? Kenapa letak nama aku under Pemerhatian Khas sedangkan balance aku dalam kad kredit tu kosong?

Then mereka kata ada charges yang tertunggak ..RM271. Aikk? Dari mana plak charges tu kalau time tutup kad tu depa siap2 dah calculate interest. Aku ingat lagi budak cina lelaki yang calculate interest masa nak tutup kad tu. Konon nak ambik hati aku, pegawai HLB suruh aku tulis nota ringkas kat borang sebagai bukti aku mintak waivekan charges yang tertunggak tu. Aku bukan buat nota tapi aku tulis satu perenggan ayat - 30 patah perkataan. Aku tidak bersalah tetapi mangsa! Aku tulis sampai tak cukup tempat kosong. Geram aku kerana HLB menyusahkan hidup aku selama 8 tahun!

Kesimpulannya.. tak payahla gunakan kad kredit lagi. So far hidup aku aman damai je selepas tak menggunakan kad kredit sejak tahun 2003. - lily madom

12 comments:

Unknown said...

penggunaan kad kredit memang payah....jadi,cuba elakkan...jadikanlah iktibar pengalaman tersebut....

Unknown said...

penggunaan kad kredit ni hanya menambahkan hutang jer....Pihak HLB pun la jangan lembab sgt..proaktif la ckt..Perangai mereka ni tak ubah ibarat pahat dengan penukul, sekali diketuk sekali bergerak.

Unknown said...

Mmg da bnyak aduan psl HLB ni... ksimpulannya, plihla bank2 yg berkonsepkn islam yg bleh anda plih...

Unknown said...

bagi saya tidak perlu nak gunekan kad kedit sebab ia nya bkn nak meringankan kite tapi hanye menambahkan hutang kita..pendek kata berbelanja la dengan pendapatan yang kite ade tidak perlu nak berbelanja dengan cara mewah tetapi berhutang..

Unknown said...

sokong nur.....kad kredit hanya menambahkan lagi hutang kita....bukannya meringankan kita....

durar said...

trdpt beberapa kebaikan dan keburukan melalui penggunaan kad kredit...jd kt prlu lbih berht2...sptutny x pelu pki kd kredt...iany lbh menyshkn

Unknown said...

ingtkan tgk org pki kad kredit,mewah idupnye tp dah akhir2 blh jd bankrup pasal nak byr untung yg tertunggak,,

mutiara hati said...

adamasanya kad kredit mmg diperlukan bagi golongan yg tertentu...nanum perlu dianalisa sejauh mana keperluannya pada kita...selain itu apa yg pntg adlh kaji terlebih dahulu institusi yg menawarkan kad kredit ini. jik tdk, pasti kita juga yg menanggung kesannya...kdg2 kita disajikan dgn pulangan yg tinggi, namun kita jgn mudah mlatah dgn pulangan tersebut...
Adat org berniaga, pasti menceritakan yg manis2 saja sehingga kita terlupa ada masam dan pahinya dsebalik kmanisan itu... Ksmpulannya, hendaklah bjak berfikir sblum membuat kptsn...

Unknown said...

x payah lh guna kad kredit ni, lg pun berhutang ni tidak digalakkan dalam Islam sbb nti kalau kita mati, roh kita tidak diterima oleh bumi, selagi hutang tersebut tidak dijelaskan.....moga2 kita semua dijauhkan dari hutang ni.....

bumi cantik said...

aah btl bella ckap..kad kredit ni nk galak org bhutang adala...2 yg bila xmampu byar sgup pjam ah long.......klu nk beli byr cash trus kn snang..klu xda duit xpyah je beli..

Unknown said...

Penggunaan kad kredit boleh mewujudkan budaya belanja yang kurang sihat dan tidak terkawal. Seseorang pemegang kad kredit mungkin akan bebas
belanja tanpa had kerana kemudahan mengeluarkan
wang tunai pada bila-bila masa.Sikap senang dahulu
dan susah kemudian akan timbul.Ini seterusnya akan
menyulitkan kehidupan mereka nanti.

miss said...

penggunaan kad kredit merupakan salah satu kemudahan sekiranya digunakan dengan baik,namun sumber kewangan bagi bank adalah kad kredit. Ini kerana mereka hanya menunggu dan dengan mudah mendapatkan wang...

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...