Monday, January 17, 2011

ADUAN PPIM-Pewaris Buat Laporan Polis Nasi Lemak Guna Logo Tanda Halal Palsu

Foto ihsan : Kosmo Online 16 Januari 2011

GEORGE TOWN, 15 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) pada Sabtu membuat laporan polis berhubung tindakan sebuah syarikat pengeluar nasi lemak bukan lslam di Juru yang didakwa menggunakan logo halal palsu.

Presiden Pewaris negeri Sabaruddin Ahmad berkata berdasarkan aduan dan maklumat orang ramai, nasi lemak itu dijual di sekitar Pulau Pinang.

Beliau berkata nasi lemak itu dipercayai dijual kawasan perumahan serta kilang sekitar Pulau Pinang terutamanya kawasan Jalan Tengah, Bukit Jambul, Kampung Jawa, Bayan Baru dan George Town.

"Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mengganggu sensitiviti orang Islam. Tidak kisah bangsa apa sekalipun, sekiranya ia mempunyai tanda halal yang diiktiraf, kita boleh terima.

"Sebaliknya ini jelas menunjukkan tanda halal nasi lemak itu palsu dan bukannya dikeluarkan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Baru, di sini.

Beliau menggesa Jakim dan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim supaya memantau logo halal yang digunakan oleh pengusaha di negeri ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan umat Islam.

Kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan balai polis berkenaan untuk membantah tindakan pengusaha berkenaan.



-- BERNAMA

PPIM : Jangan sewenang-wenangnya menyalahgunakan tanda dan logo halal kerana boleh menimbulkan keraguan khususnya di kalangan pengguna Islam. Pengguna Islam hanya mengiktiraF logo halal JAKIM.

15 comments:

Unknown said...

diharap agar pihak JAKIM dapat membuat pantauan dengan lebih kerap berkenaan isu seperti ini.....ini adalah untuk kemaslahatan ummah semua....

Unknown said...

Hrp pihak yg trlibat mgmbil srius pkra ini krn pngguna tidak tahu bahan apa yg digunakan dlm nsi lmak itu...

administrator said...

Logo halal terus disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tetapi dalam soal makanan halal, sebilangan umat Islam juga perlu dipertanggungjawabkan.

Ini kerana terdapat ramai di kalangan kita yang mengambil mudah tentang aspek halal.

Terdapat ramai umat Islam yang mana walaupun mereka tahu bahawa status halal sesebuah premis makanan diragui, namun mereka mengambil mudah perkara itu. Mereka tetap makan di premis tersebut.

Maka di kala pihak berkuasa perlu lebih berkesan dari segi penguatkuasaan, umat Islam sendiri perlu meningkatkan kesedaran di kalangan mereka tentang kepentingan faktor halal dalam kehidupan.

Mengenai kenaikan harga barang pula, semalam saya melakukan tinjauan ringkas dan mendapati bahawa ada premis makanan sudah pun membuat keputusan bagi menaikkan harga.

Apabila ditanya, jawapannya adalah ia tidak dapat dielakkan ekoran kenaikan harga minyak, gula, tepung dan lain-lain bahan. Sekadar berkongsi sedikit maklumat dengan para pengguna semua.

Seperkara lagi yang mengundang perhatian saya adalah kematian warga Ireland akibat digigit anjing.

Perlu diingat bahawa anjing yang menggigitnya bukanlah anjing liar, tetapi adalah anjing peliharaan kawan yang jinak dengannya (berita penuh di:
http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/pelancong-ireland-mati-digigit-anjing.html

Jadi, kalau anjing yang jinak pun boleh membunuh, inikan pula anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan.

Saya berharap supaya pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Para pemilik anjing juga perlu bertanggungjawab menjaga anjing masing-masing bagi memastikan keselamatan dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Dalam pada itu, anjing tetap makhluk Allah yang mempunyai peranannya. Malah dalam Islam, anjing boleh digunakan bagi menjaga keselamatan dan juga berburu.

Namun pada ketika yang sama, langkah-langkah bagi mengelakkan terjadinya sebarang perkara yang tidak diingini perlu sentiasa diambil.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Unknown said...

Peniaga makanan seharusnya peka dengan sentiviti masyarakat islam . Mereka tidak boleh sewenang-wenangya mengeluarkan logo halal tanpa pengiktirafan daripada JAKIM.

Unknown said...

mknan yang baik akn menghasilkan tubuh bdn yg sihat serta cergas,,sekiranya mknan yg di makan mengndungi sumber2 yg di ragui adlh menjdi tanggjwb kita bersama untuk menghindarinya..sekiraya pihak bertnggnjwb sahaja yg memainkn peranan tnpa ada kesedrn dlm dr pengguna,tidak hairan la sekiranya mslh ini terus berlaku tanpa ada penghujungnya..

hijau said...

apa kt pihak kerajaan tubuhkan badan penyiasat halal dgan jumlah yg ramai mcm CIA, polis ke..so maslh utk memantau mknan dgn lbh kerap blh la dlaksanakan...he~

durar said...

perkara sbgini perlu dipndng serius...media cetak atau elektronik juga boleh membantu Jakim dengan menyiarkan maklumat termasuk nama syarikat atau premis berkenaan supaya pengguna terutama umat Islam tidak terus ditipu.

administrator said...

Merujuk pada pandangan hijau, sebenarnya, sebahagian anggota RELA kini membantu kementerian perdagangan dalam negeri dari segi memantau harga, iaitu bagi memastikan harga tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.

Saya ingin mencadangkan supaya skop ini diperluaskan dari sekadar memantau harga kepada usaha memantau penggunaan sijil halal dan lain-lain isu berkaitan.

Walau bagaimanapun, akhir sekali, mungkin penyelesaian ini tidak praktikal memandangkan terlalu ramai anggota diperlukan bagi tujuan ini.

Secara jangka pendek, mungkin pemantauan oleh anggota RELA dapat membantu. Namun demikian, bagi memastikan isu ini diselesaikan secara tuntas, saya fikir penyelesaian yang lebih cekap, berkesan dan bersepadu perlu dirumus dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Unknown said...

ni lah masalahnya kalo dah silap anggap tentang sesuatu isu ni...
mentang2 skng ni heboh kalo nk beli mkn kena ada logo halal, ni senang2 je letak tanda halal sendiri...macam org zaman sekarang ni.pelik betul..

miss said...

orang bukan islam menganggap perkara main-main berkaitan halal ini..mereka perlu tahu halal haram begitu penting bagi umat islam dan ianya bergitu sensitif dikalangan umat islam..

Unknown said...

tanda halal palsu memang banyak digunakan di malaysia, harap pihak berkuasa mengambil tindakan..

hijau said...

klu brg cap halal thailand and asia certification leh gn x...

mutiara hati said...

Perkara sebegini tak wajarlah belaku. Nak berniagapun kenelah dgn cara yg btul, tdk perlu ambil kesempatan di atas kebaikan org...

Unknown said...

orang yang berniaga @ usahawan2, perlu la jujur dalam memberi khidmat kepada orang awam..jangan melakukan penipuan kerana akan dihisab di akhirat kelak.....tak akan rugi pun kalau bersikap jujur....

Unknown said...

Sokong saudari dayang..perlu ada kejujuran dalam diri..

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...