Wednesday, September 27, 2017

4085) 'Isu sindiket rumah murah, PPIM akan terjah lagi' - Sinar Online - 27/9/2017

Snapshot(2)
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Intergriti berhubung kegiatan sindiket penipuan 'rumah murah'.
Menerusi satu kenyataan hari ini, PPIM memberitahu bahawa tindakan itu dilakukan mereka susulan kegiatan sindekit itu yang masih bergiat aktif sehingga kini.
"Mereka masih lagi aktif mempromosikan projek rumah mereka di dalam saluran media cetak dan elektronik tempatan seolah-olah tiada tindakan siasatan diambil keatas mereka.
 "Unit Tindakan Khas PPIM akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Intergriti supaya kes ini mendapat lebih perhatian yang sepatutnya dari pihak berkuasa," petik kenyataan itu.
Dalam pada itu, PPIM juga menjelaskan bahawa beberapa laporan polis juga telah dibuat sebelum ini.
Sebelum ini, Unit Tindakan Khas PPIM baru-baru ini telah membongkarkan kegiatan sindiket penipuan 'rumah murah' yang dijalankan enam orang dalang yang sehingga sekarang masih lagi bergiat aktif.

4084) EAIC SIASAT SINDIKET PENIPUAN RUMAH MURAH – UTUSAN ONLINE – 27/9/2017

Snapshot

PUTRAJAYA 26 Sept. - Suruhanjaya Integriti Agen­si Penguatkuasaan (EAIC) akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat sindiket penipuan rumah murah yang masih bergiat aktif, biarpun banyak laporan polis telah dibuat oleh mangsa.
Aktivis Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, jaminan tersebut diberikan sendiri oleh pihak EAIC untuk menyiasat secara terperinci dan memastikan semua agensi penguatkuasaan terlibat mengambil tindakan terhadap sindiket peni­puan tersebut.
“Pihak PPIM tampil ke hadapan untuk membantu lebih 400 mang­sa penipuan sindiket penipuan rumah murah ini dengan menghantar laporan polis yang dibuat oleh mangsa kepada EAIC supaya pihak penguat kuasa yang menerima aduan mangsa-mangsa ini dapat bertindak lebih aktif serta proaktif.
“Kita mendapati dalang-dalang kes penipuan ini masih aktif mempromosikan rumah murah, biarpun pelbagai aduan polis telah dibuat dan sepatutnya tindakan telah diambil bagi menghentikan kegiatan haram ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan lebih 400 laporan polis yang dibuat oleh mangsa sindiket tersebut kepada EAIC di sini hari ini.
Yang turut hadir Peguam PPIM, Datuk Hishammuddin Hashim dan Timbalan Pengarah Operasi EAIC, Celemans Kasim.
Dalam pada itu, Muhammad Yusuf meminta orang ramai ter­utamanya di kawasan luar bandar supaya tidak terpengaruh dengan sindiket penipuan tersebut.
“Kami menggesa supaya sin­diket rumah murah ini menghentikan segera promosi palsu ini dan fikirkan nasib mangsa-mangsa yang telah ditipu terutamanya warga emas di kampung.
“Pihak PPIM juga telah menjalankan kajian dan mendapati sindiket ini telah lama terlibat dalam kegiatan ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti peni­puan lain,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Ke­rajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang segera menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat skim rumah mampu milik tidak sah.
Beliau berkata, pihaknya berharap tindakan pantas tersebut dapat diikuti agensi lain bagi memastikan sindiket penipuan itu dapat ditumpaskan sepenuhnya.

Tuesday, September 26, 2017

4083) 7 SUSPEK BAKAR TAHFIZ DIBAWA KE LOKASI KEJADIAN - UTUSAN MALAYSIA - 26/9/2017



KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kesemua tujuh Suspek yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Ouran Ittifaqiyah dua minggu lalu dibawa ke lokasi kejadian hari ini.
Ketua Jabatan SiaSatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md. Isa mengesahkan kesemua Suspek dibawa ke lokasi kejadian kira-kira pukul 2.40 petang untuk melengkapkan siasatan polis.
“Mereka dibawa meninjau semula lokasi kejadian. Keputusan penuh siasatan akan dikeluarkan esok,” katanya yang ditemui di pusat tahfiz itu di Keramat Hujung di sini hari ini.
Ketujuh-tujuh suspek memakai penutup mulut dan hidung serta bergari dibawa oleh pegawai dan anggota polis dengan menaiki kereta pacuan empat roda ke lokasi kejadian melalui Surau bersebelahan lokasi kejadian.
Kesemua suspek kemudian dibawa masuk ke beberapa bahagian pusat tahfiz termasuk bangunan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menunjukkan situasi yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian, 14 September lalu.
Ketujuh-tujuh suspek dipercayai melakonkan kembali aksi dan kronologi kejadian untuk melengkapkan siasatan, selain dibawa mengelilingi Taman Tasik Datuk Keramat yang terletak di belakang pusat tahfiz.
Pihak polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur memperketatkan kawalan di kawasan persekitaran bagi mengelakkan wajah suspek dirakam pihak media dan orang awam.
Kira-kira jam 4.45 petang, tujuh suspek berkenaan yang memakai pakaian biasa meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda milik polis.

4082) PPIM TERIMA 3OO KES JENAYAH SIBER SETIAP TAHUN - Utusan Malaysia - 26/9/2017


KUALA LUMPUR 25 Sept. — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima sekurang-kurangnya 3OO laporan kes melibatkan jenayah siber setiap tahun dan mangsa mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit sejak dua tahun lalu.
Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, rata-rata taktik digunakan sindiket penipuan alam maya itu menggunakan umpan atau dijanjikan kereta mewah, motor berkuasa tinggi dan barangan mewah secara percuma kepada individu bertuah.
Katanya, sindiket itu juga licik memperdaya kakitangan awam untuk mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara dalam talian yang didakwa lebih mudah dan pantas, namun hakikatnya adalah penipuan Semata-mata.
 “Kebiasaannya mangsa menghubungi iklan menawarkan barangan mewah di laman Sosial. Selepas itu, sindiket ini pula menghubungi mangsa yang berminat dengan hadiah ditawarkan. Apabila kedua-dua pihak berjumpa, mangsa diminta membayar wang pendahuluan mencecah ribuan ringgit bagi mendapatkan hadiah berkenaan.
“Bagi pengeluaran wang KWSP pula, mangsa diperdaya dengan mengatakan permohonan mengeluarkan wang simpanan boleh dilakukan, namun dengan Syarat memberi bayaran pendahuluan yang didakwa untuk kos pengurusan mereka” katanya kepada Utusan Malaysia disini Semalam.
Nadzim berkata, sindiket berkenaan kemudian memberi pelbagai alasan untuk meminta wang berkali-kali daripada mangsa sebelum menghilangkan diri secara tiba-tiba selepas mencapai objektif mereka.
 Katanya, pihaknya sudah memulakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti sindiket jenayah siber dan membasmi mereka sehingga ke akar umbi.

Monday, September 25, 2017

4081) Yusuf PPIM Mohon Maaf Isu Marah Kes Projek Banglo - Perak Today - 24/9/2017


TULAR menerusi media sosial tempatan apabila tersebar rakaman video menunjukkan Yusuf Azmi gagal mengawal marah apabil bertengkar dengan seorang wakil pemaju sebuah projek banglo mini.
Kisahnya bermula apabila ratusan pembeli rumah yang dimajukan DBI Technology menyerbu pejabat syarikat itu di ibu negara kerana didakwa menipu ‘songlap’ deposit dengan tawaran harga terlalu murah iaitu RM45,000 sebuah.
Kes itu turut menyaksikan pelakon era 1990-an, Datuk Dr. Norul Iman Abdul Rahman atau Boy Iman diheret’ ke sesi soal jawab bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang bertindak sebagai orang tengah kes itu.
Malangnya, isu pembeli teraniaya dalam projek perumahan banglo kos rendah tersebut ‘tenggelam’ apabila netizen dikejutkan dengan rakaman video memaparkan Yusuf mengasari seorang lelaki dikatakan wakil DBI Technology.
Video tersebut kemudian diperbesarkan pula oleh pihak tertentu yang diketahui memang ‘tidak baik’ dengan PPIM ekoran kelantangan badan bukan kerajaan itu aktif dalam membela nasib pengguna ditindas tanpa pembelaan.
Susulan banyak cerita kurang baik, Yusuf yang juga Ketua Unit Tindakan Khas PPIM tampil menerusi rakaman video berdurasi 6.22 minit bagi menjelaskan tohmahan pihak terbabit dan mendedahkan versi sebenar kes itu.
Beliau turut memohon maaf atas insiden di luar jangkaan tersebut sambil menegaskan tindakan spontannya itu berlaku tanpa dirancang akibat provokasi wakil syarikat berkenaan yang menyebabkan dirinya terus hilang sabar.
Yusuf malah berharap semoga kes tersebut dapat diselesaikan dan aksi ‘panas’ baran beliau yang tular itu tidak pula diperbesarkan. Langkah aktivis PPIM ini turut menerima pujian ramai netizen sebagai individu bertanggungjawab.
Namun apa yang lebih penting ialah mengenai nasib kumpulan pembeli kediaman diabaikan oleh pihak pemaju sepatutnya diberi tumpuan berbanding isu babak pertengkaran ditularkan tersebut. – Mynewshub.cc/HAA

4080) Gejala dadah di PPR membimbangkan - Utusan Online - 24/9/2017


KUALA LUMPUR 24 Sept. – Ma–salah sosial seperti gejala penagihan dadah membabitkan golongan remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) amat membimbangkan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Izhar Abu Talib berkata, hasil risikan serta operasi yang digerakkan mendapati kawasan itu antara lubuk yang dijadikan tempat melepaskan gian.
Menurutnya, kawasan tersebut juga turut menyaksikan kadar jenayah paling tinggi berbanding kawasan perumahan lain.
“Tidak bermakna kawasan lain bebas daripada gejala tersebut, tetapi ia kurang berbanding kawasan PPR dan PA terutama di PPR Desa Rejang dan PA Sri Se­langor.
“Faktor kepadatan dan latar belakang penduduk antara pe­n­yumbang utama berlakunya gejala sosial tidak terkawal sehingga mendedahkan kepada remaja bawah umur,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) di PPR Desa Rejang, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir Ketua Penyelaras Ops BAH, Azman mahmod dan Ketua Aktivtis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.
Turut serta dalam Ops BAH siri ke-38 itu termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
Dalam pada itu, Izhar me­negaskan, pihak berwajib diminta untuk memberi perhatian serius terhadap masalah ber­kenaan dan tindakan sewajarnya perlu diambil bagi memastikan masalah berkenaan dapat dibanteras.
“Sekiranya dibiarkan, ia akan berlarutan dan tidak mustahil akan merosakkan golongan remaja terutama di peringkat bawah umur.
“Tindakan secara bersepadu dan konsisten perlu digerakkan agar masalah itu dapat diatasi secara menyeluruh,” ujarnya lagi.

Saturday, September 23, 2017

4079) PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM TAK BERADAB WAJAR DISAMAN - KOSMO - 23/9/2017

 
 Kuala Lumpur - Pengguna yang melakukan tingkah laku tidak bermoral ketika menggunakan perkhidmatan awam seharusnya dikenakan tindakan undang-undang.
 
  Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, melalui cara itu,masyarakat akan berhati-hati sekiranya berniat melakukan sesuatu yang jelik ketika menggunakan pengangkutan awam.
 
  "Budaya tidak ada, sikap juga tidak ada, jadi masyarakat seperti membuang sampah atau membuat kesalahan.
 
  "Sebaliknya, masyarakat perlu dididik dengan cara diberikan amaran atau denda setiap kali didapati melakukan kesalahan dengan fokus kepada ganjaran dan hukuman,"katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
 
  Sementara itu, Pakar Psikologi Trafik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Rozmi Ismail berkata, perbuatan jelik ketika menggunakan perkhidmatan awam menunjukkan terdapat segelintir penduduk yang mempunyai pemikiran yang tidak selari dengan arus kemodenan.
 
  "Terdapat segelintir masyarakat yang masih dengan mentaliti kelas ketiga. Sekarang ini notis bertulis sudah tidak boleh digunakan, kena ubah dengan cara dengan tindakan seperti marah, beri amaran atau dikenakan saman,"ujarnya.

4078) DAP jangan pentingkan diri - Utusan Online - 23/9/2017


KUALA LUMPUR 22 Sept. – DAP diingatkan agar tidak bersikap mementingkan diri sendiri dengan mempertahankan pe­nganjuran pesta arak Better Beer 2017 sebaliknya perlu memikirkan faktor ancaman keselamatan pengunjung.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pesta seperti itu bukan sahaja mengundang risiko serangan ekstremis dan puak militan malah boleh menyebabkan masalah lain se­perti kemalangan jalan raya dan sebagainya.
Katanya, berdasarkan sta­tistik, kebanyakan kemala­ngan jalan raya adalah berpunca daripada pemandu yang meminum arak dan beliau menganggap ahli politik yang cuba mempertahankan pesta itu hanyalah bertindak untuk ‘memancing undi’ tanpa mengambil kira aspek ke­selamatan pengunjung.
“Saya tidak rasa ada agama menggalakkan umatnya meminum arak kerana ia boleh mengundang banyak masalah lain lebih-lebih lagi apabila ada pesta sebegini.
“Pengganas yang kini semakin giat melakukan sera­ngan berani mati juga akan menjadikan pesta ini sebagai sasaran mereka kerana dilihat bercanggah dengan fahaman di negara kita yang memegang Islam sebagai agama rasmi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya me­larang penganjuran pesta tersebut yang dijadualkan berlangsung di Solaris Dutamas kerana dikhuatiri menjadi sasaran serangan kumpulan militan.
Sementara itu, Presiden Ja­ringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, sokongan DAP terhadap penganjuran pesta arak memperlihatkan kecenderungan parti tersebut dalam liberalisme beragama dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
Beliau melihat sokongan yang diberikan oleh DAP sebagai satu usaha terancang bagi merosakkan akidah generasi muda Islam dan bukan Islam.
“Pengambilan minuman keras dan memabukkan bukan sahaja ditegah dalam agama Islam tetapi turut dila­rang dalam agama lain kerana kesannya amat buruk terhadap diri individu dan nilai masyarakat itu sendiri,” katanya.

4077) Protesters seek to preempt 'vice events' from moving to S'gor - Malaysia Kini - 22/9/2017

 
A group of NGOs today held a protest in Shah Alam in a preemptive move against two controversial events from being held in Selangor.
According to the BNBBC website, The groups said they were concerned that the cancelled "Better Beer Festival 2017" and the purported "White Party Bangkok" would be held in the state after it was banned in Kuala Lumpur.
The groups also submitted a petition to the Selangor palace to urge the ruler to take action.
"Selangor citizens humbly ask the sultan to forbid this," said Nazilah Idris, the spokesperson for the 25 groups, according to Bernama.
The group had handed in the petition at Istana Bukit Kayangan before protesting outside the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque.
Among the NGOs in attendance were Pekida, Bureau of Civil Society Complaints (Bams), Muslim Consumers Association (PPIM) and Perkasa.
Reports also indicated that about 500 people led by Selangor PAS Youth held another protest at the same mosque over the same issue.
Previously, DBKL had rejected the application from the Better Beer Festival to be held in Publika Mall on Oct 6, citing political sensitivities.
The inspector-general of police (IGP) Mohamad Fuzi Harun (photo) had cited security reasons for the police's opposition to the event.
image: https://i.malaysiakini.com/1151/3d7d4c075b51e5a6b0f452ce6217be5d.jpeg
It was also reported earlier that a "gay-friendly event" was supposedly slated to be held in Kuala Lumpur end of this month.
Deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi had said that the government will not allow the event to take place.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396026#lX4QxtHlBU5dkY5j.99

4076) REDA IMAN DIUJI - HARIAN METRO - 23/9/2017

 
“Sejak bergelar seorang Muslim enam tahun lalu, saya akui banyak ujian yang saya terima. Lepas satu, datang lagi satu.
“Bermula seawal menjadi saudara baru, saya dipulau keluarga yang dari mula menentang hasrat menjadi seorang Islam dan mahu saya kekal dalam agama asal,” kata Ismail, 42.
Bagaimanapun, katanya demi agama, dia nekad untuk berubah dan menjadi soleh selain menganggap itu sebagai dugaan pertama selepas memilih berjuang di jalan Allah.
Menurutnya, selepas itu dia mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak, menjadikan kehidupannya lebih bermakna dan dia berasakan itu adalah kebahagiaan sebenar sebagai seorang Islam.
“Nikmat itu tidak kekal lama apabila saya menghadapi masalah kewangan dan ia menjejaskan keharmonian rumah tangga sehinggalah isteri memohon cerai.
“Hampir gila saya dibuatnya kerana apa lagi yang ada dalam hidup saya. Memang saya tidak mampu lalui ujian ini dan terfikir mahu membunuh diri dan kembali kepada keluarga serta agama asal,” katanya ketika berkongsi kisahnya bersama sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Ismail berkata, pada mulanya dia seperti ingin meminta bantuan ahli keluarga, tetapi mengenangkan reaksi kurang senang sebelum ini, dia memilih berdiam diri.
Katanya, dia berkongsi masalahnya itu bersama seorang rakannya yang juga ahli jawatankuasa sebuah surau dan dari situ dia belajar menerima ketentuan takdir.
“Bayangkan sebelum ini hanya terbayangkan mati sebagai jalan penyelesaian. Tak fikir dah yang lain. Mujur terdetik untuk bersembang dengan rakan, mereka banyak memberi nasihat.
“Lama-kelamaan, saya sedar ini hanya sebahagian kecil ujian Allah kerana ada yang diuji lebih hebat seperti kehilangan ahli keluarga tetapi saya hanya berjauhan daripada anak.
“Kemudian saya berjumpa dengan seorang ustaz yang membantu saya memahami persoalan ajal, maut, jodoh dan pertemuan. Saya lebih faham dan akan terus istiqamah sambil berdoa supaya saya sentiasa dilindungi,” katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL