Showing posts with label CAJ PERKHIDMATAN. Show all posts
Showing posts with label CAJ PERKHIDMATAN. Show all posts

Sunday, April 26, 2015

2595) THE SUN DAILY - 23/04/15 - Service Charge Stays

PUTRAJAYA: Hotels and restaurants will be allowed to impose service charge after all.
Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry secretary-general Datuk Seri Alias Ahmad said after a meeting with 14 associations and NGOs, and eight government agencies and ministries on Monday, the government had decided to let them maintain service charges.
"We have come to a collective decision, and the government has agreed to allow service charge to be imposed by hotels and restaurants," he told a press conference at the ministry today.
He said the government has not set a fixed amount for service charge that hotels and restaurants can impose, but noted that the standard practice in the country is 10%.
This is an about turn on the announcement by the minister, Datuk Seri Hasan Malek, who on April 13 said the ministry aimed to abolish the service charge after receiving much criticism from various consumers associations and consumers themselves.
Alias said today the decision was made after taking into consideration that the basic wages in some hotels are as low as RM350, and potential employees will shy away from working in the industry if the take-home pay is too low.
Alias, however, said hotel and restaurant operators imposing service charges will have to abide by a decision made at the meeting to:
» display notices at the premises to notify customers about the service charge to enable them to make a choice on whether to patronise the establishment; and
» have a collective agreement (CA) or an employment contract with their staff on the payment of service charge.
He said guidelines will be formulated by the ministry to ensure that hotel and restaurant operators adhere to rules on imposing service charge.
"It is still in the discussion stage, but we hope to finalise everything soon," said Alias, adding that the ministry will confer with the Attorney-General's Chambers on the regulations and guidelines first.
"In the meantime, if any cases crop up, we will refer to the Price Control and Anti-Profiteering Acts," he said.
Among those present at Monday's meeting were the Customs Department, Malaysian Employers Federation (MEF), Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca), Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) and the Malaysian Association of Hotel Owners.

2591) UTUSAN MALAYSIA - 25/04/15 - Caj Perkhidmatan Dua Kali Ganda



Tuesday, January 20, 2015

2414) RAKYAT NEWS - 13/01/2015 - PPIM Saran Kerajaan Kaji Semula ‘Caj Terlindung’

Rakyat News
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan menitikberatkan caj yang dikenakan oleh peniaga kepada pengguna yang disifatkannya sebagai mengarut dan tidak munasabah.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan peniaga mengena ‘caj terlindung’ ini merupakan satu bentuk penipuan dan telah menganiaya para pengguna.
“Bukan kenaikan harga musim banjir sahaja, ini kenaikan atau caj yang dikenakan oleh para peniaga yang kita tidak sedar, yang tidak munasabah.
“Kalau kita tengok perkara yang biasa di kompleks beli-belah, hilang kad parking denda RM100, saya tidak tahu kenapa RM100, kenapa tidak caj RM1,000 atau RM10,000, cepat sikit kaya.
“Soalnya siapa yang membenarkan mereka meletak caj ini yang kita lihat tidak munasabah dan begitu tinggi,” soalnya dalam satu sidang media di pejabat PPIM di sini.
Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya satu akta atau undang-undang diwujudkan untuk meregulasikan caj tersebut.
“Mungkin perlu ada kaedah atau kebenaran dan mungkin kita mohon KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) untuk membantu mengkoordinasikan caj-caj ini.
“Kita minta pihak kerajaan melaksanakan satu kaedah untuk meregulasikan caj, mungkin tubuh suruhanjaya meregulasikan caj atau apa sahaja. Kena ada sesuatu yang boleh melindungi pengguna,” tegasnya.
Selain itu, Nadzim juga meminta masyarakat tidak lagi terus berdiam diri dan menggunakan kuasa pengguna bagi menekan peniaga yang sering mengambil kesempatan selama ini.
“Kita perlu menukar sikap dan pengguna perlu bangkit. Mungkin dalam masa terdekat ini kita akan adakan kempen perangi penipuan.
“Pengguna perlu bersatu membongkar penipuan yang tidak masuk akal ini yang seharusnya tidak terjadi dalam masyarakat kita.
“Pengguna kena bangkit dan tidak dibiarkan terus diperlekehkan dengan caj yang amat membebankan kita,” ujarnya.

Friday, January 16, 2015

2379) THE RAKYAT POST - 13/01/2015 - Kerajaan Diminta Kaji Semula ‘Caj Terlindung’

Nadzim Johan mencadangkan kepada kerajaan supaya satu akta atau undang-undang diwujudkan untuk meregulasikan caj tersebut.


KUALA LUMPUR, 13 Januari:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan mengambil serius caj yang dikenakan oleh peniaga kepada pengguna yang disifatkannya sebagai mengarut dan tidak munasabah.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan peniaga mengena ‘caj terlindung’ ini merupakan satu bentuk penipuan dan telah menganiaya para pengguna.
“Bukan kenaikan harga musim banjir sahaja, ini kenaikan atau caj yang dikenakan oleh para peniaga yang kita tidak sedar, yang tidak munasabah.
“Kalau kita tengok perkara yang biasa di kompleks beli-belah, hilang kad parking denda RM100, saya tidak tahu kenapa RM100, kenapa tidak caj RM1,000 atau RM10,000, cepat sikit kaya.
“Soalnya siapa yang membenarkan mereka meletak caj ini yang kita lihat tidak munasabah dan begitu tinggi,” soalnya dalam satu sidang media di pejabat PPIM di sini.
Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya satu akta atau undang-undang diwujudkan untuk meregulasikan caj tersebut.
“Mungkin perlu ada kaedah atau kebenaran dan mungkin kita mohon KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) untuk membantu mengkoordinasikan caj-caj ini.
“Kita minta pihak kerajaan melaksanakan satu kaedah untuk meregulasikan caj, mungkin tubuh suruhanjaya meregulasikan caj atau apa sahaja. Kena ada sesuatu yang boleh melindungi pengguna,” tegasnya.
Selain itu, Nadzim juga meminta masyarakat tidak lagi terus berdiam diri dan menggunakan kuasa pengguna bagi menekan peniaga yang sering mengambil kesempatan selama ini.
“Kita perlu menukar sikap dan pengguna perlu bangkit. Mungkin dalam masa terdekat ini kita akan adakan kempen perangi penipuan.
“Pengguna perlu bersatu membongkar penipuan yang tidak masuk akal ini yang seharusnya tidak terjadi dalam masyarakat kita.
“Pengguna kena bangkit dan tidak dibiarkan terus diperlekehkan dengan caj yang amat membebankan kita,” ujarnya.

Thursday, September 5, 2013

886) NEWS STRAITS TIMES 4/9/13-NGO MONITOR AIRLINE CHARGES


885) BERITA HARIAN 4/9/13 : Ambil tindakan syarikat penerbangan kena caj pemprosesan


Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat penerbangan yang mengenakan caj pemprosesan terhadap pengguna yang membeli tiket secara debit terus dan kad kredit.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, berkata dalam tempoh kira-kira dua minggu, pihaknya menerima 60 aduan menerusi internet dan bertulis, pengguna yang tidak puas hati terhadap langkah Air Asia Berhad (Air Asia) mengenakan caj pemprosesan RM4 bagi pembelian tiket menerusi debit terus sehala dan RM8 bagi penggunaan kad kredit sehala.

Justeru, katanya, kementerian berkaitan, termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pengangkutan, wajar mengambil tindakan.

Maklumkan kepada pengguna

Bercakap pada sidang media semalam, Nadzim berkata, pengguna sepatutnya dimaklumkan terlebih dulu sebelum dikenakan caj tambahan itu dan Air Asia perlu mendapat kelulusan kerajaan untuk mengenakan sebarang caj tambahan.

Air Asia dalam kenyataannya berkata yuran pemprosesan berkenaan dikenakan kerana syarikat menggunakan sistem keselamatan tinggi bagi urus niaga dalam talian menerusi kad kredit, kad debit, kad caj dan debit terus supaya pengguna lebih selamat dan selesa.

"Fi pemprosesan dikenakan bagi menampung sebahagian daripada kos yang diperlukan bagi proses menaik taraf, pembaikan dan peningkatan ciri keselamatan bagi pembayaran dalam talian," katanya.

Syarikat berkenaan berkata, caj RM4 bagi urus niaga debit terus mula dikenakan pada 7 Ogos 2013 manakala bagi kad kredit, kad debit dan kad caj sejak November 2009.


Thursday, September 13, 2012

622) EMEL PILIHAN : ISU METER HARAM : 30 TAHUN TIDAK DISEMAK KETEPATAN METER ELEKTRIK, AIR DAN TELEFON DI BAWAH AKTA 71 UNDANG-UNDANG MALAYSIA









ISU METER HARAM : 30 TAHUN TIDAK DISEMAK KETEPATAN METER ELEKTRIK, AIR DAN TELEFON DI BAWAH AKTA 71 UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Assalamualaikum,

Rakyat telah bangkit menyuarakan isu Meter Haram kerana meter air, elektrik dan telefon yang diguna untuk mentarif bil bulanan sebenarnya tidak disemak ketepatannya selama 30 tahun !

 ISMAIL SABRI KESAL ?

Desas-desus kata DS Ismail Sabri berasa kesal kerana cadangan KPDNKK mahu melaksanakannya dibangkang oleh Peguam Negara, KPKK dan KeTTHA.

Rakyat telah bangkit menentang kekangan yang dirancang oleh AG, KPKK dan KeTTHA kerana ada kemungkinan wujudnya unsur-unsur mempertahankan hak syarikat-syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan air, elektrik dan telefon.

Mereka merasakan ramai pegawai telah dibeli 'murah' oleh syarikat-syarikat swasta sehingga memperlekehkan hak pengguna serta Rakyat Malaysia.

Ini ternyata bercanggah dengan amanat YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib dalam perhimpunan bulanan lalu di mana beliau merayu agar kerajaan memahami tidak ada gunanya kerajaan berjaya dalam sesuatu perkara tanpa memberi keutamaan kepada rakyat. Rakyat perlu benar-benar berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.


INI BERBEZA DENGAN GST !

Berbeza dengan GST, Akta 71 Timbang Sukat (Weights & Measure) adalah akta lama dan telah diluluskan oleh Parliament lebih 40 tahun. Tambahan pula, kos untuk menyemak ketepatan meter adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat-syarikat prasarana air, elektrik dan telefon. Mereka telah sedia maklum mengenai perkara ini kerana Malaysia antara satu-satunya negara bersama negara Asia Tenggara yang lain belum melaksanakannya. Ini adalah masa bagi kita benar-benar melaugkan keseriusan kita untuk menjadi negara bertamadun.


PDRM PUN KALAH DI MAHKAMAH ?

Yang memaksa kita untuk mempercepatkan proses pelaksaannya ialah kerana dalam beberapa kes terkini, PDRM juga telah dikalahkan apabila rakyat yang disaman kerana memandu laju dan memandu mabuk membawa kes ke mahkamah. Alasannya ialah, mesin untuk menyukat kelajuan dan menyemak nafas yang berbau arak itu tidak disemak ketepatannya.  Harapnya, tidak ada mogok rakyat besar-besaran untuk tidak membayar bil air, elektrik dan air dan mencabar syarikat-syarikat prasarana di mahkamah.


NGO-MEDIA PATUT BERGABUNG !

Saya memohon agar media bergabung tenaga memastikan isu Meter Haram yang dibawa oleh beberapa NGO berpengaruh mendapat perhatian kerajaan sebelum ianya dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

Niat beberapa NGO seperti Persatuan Penggunan Islam (PPIM), Persatuan Kebajikan Orang-Orang Miskin (PERKOM), Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Kuala Lumpur & Selangor dan puluhan lagi NGO lain jelas menuntut agar kuasa untuk menyemak ketepatan meter dikembalikan kepada Menteri KPDNKK bagi mempertahankan hak PENGGUNA bukan OPERATOR.

Yang paling dirisaukan ialah, ada beberapa pihak yang ingin menabur api dalam bara dengan menuntut RM100 bagi tahun-tahun di mana meter air, elektrik dan telefon tidak disemak ketepatannya. Jika ini berlaku, maka ada kemungkinan bangkruplah TNB, Telekom, CELCOM, MAXIS, DIGI, SYBAS, SAJ dan sebagainya sekali gus ramai anak-anak Melayu yang terheret di'penganggur'kan !

Wassalam.

Rujukan dari Malay Mail: 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL