Wednesday, July 31, 2024
COMPLETE VACCINATION OR FACE ACTION, MINISTRY STAFF TOLD - THE SUN - 31/07/2024
PETALING JAYA: A circular issued on July 12 by the office of the Education Ministry secretary-general warned all ministry employees that disciplinary action would be taken against them if they failed to obtain complete Covid-19 vaccinations.
It said the warning was issued in light of Service Circular No. 4/2021, Covid-19 Immunisation Implementation Policy for Federal Public Service Officers.
“To ensure smooth administration of the policy, relevant officers must submit all proof of disciplinary action (that has been taken) to the state education department or ministry before July 31.”
The circular warned department heads that action would be taken against them as per Regulation 3C (1) and (2), Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 1993 if they failed to submit their reports to disciplinary authorities.
The warning has been issued despite global controversy about the need for Covid-19 vaccinations and a class action suit initiated on May 23 by the Malaysian Muslim Consumers Association (MMCA) against the government on behalf of eight individuals.
In the suit, the plaintiffs claim they or their next of kin suffered health damage or died after being forced to take the vaccine with unproven safety and efficacy records and some faced discrimination at work for being unvaccinated.
After the circular came to light, a teacher complained on the “Kami Guru Malaysia” Facebook page that her school took disciplinary action against her for not taking the Covid-19 booster shot.
MMCA urged those affected by vaccination related issues to submit official complaints so that appropriate action can be taken.
Its chief activist Datuk Nadzim Johan said: “Disciplinary action taken against ministry staff for declining to take the Covid-19 vaccination constitutes a violation of Article 2 of the Federal Constitution, which is a serious breach of human rights.”
However, National Union of the Teaching Profession secretary-general Fouzi Singon said the disciplinary action against the teacher for not taking the Covid-19 booster dose is justified.
“The action is in line with service regulations that public servants must follow. Public service officers, including teachers, who refuse to take the booster dose should face disciplinary action.”
Congress of the Union of Teachers in the Public Service secretary-general Mohd Azizee Hasan said teachers facing disciplinary action can discuss the matter with their school heads.
“If they cannot get the booster dose, they need to provide evidence to the school.”
Nadzim said it is important for the public, including civil servants, to understand they have rights and should not be afraid to claim them.
“Teachers are not slaves and it is important to address their concerns. MMCA will fight against whoever takes advantage of their rights.
“It is important to explore alternative paths when necessary. Lodge a report with the relevant ministry and if nothing is done, reach out to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim as he is open to receiving public complaints.”
In 2021, the government approved financial assistance for local and foreign nationals who experienced adverse effects after taking the Covid-19 vaccine.
On July 11, Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad said over nine million doses of Covid-19 vaccines procured during the pandemic had expired as of June, resulting in a RM185 million loss for the government.
Article by: TheSun
COMPLETE VACCINATION OR FACE ACTION, MINISTRY STAFF TOLD
https://thesun.my/local-news/complete-vaccination-or-face-action-ministry-staff-told-PN12797118
Wednesday, July 24, 2024
AKTIVITI | SESI PODCAST HARIAN METRO APA-APA SAJA - PPIM - 24/07/2024
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dalam sesi Podcast Apa-Apa Saja oleh Harian Metro. Sesi membincangkan topik "Sijil Nikah Palsu".
Monday, July 22, 2024
AKTIVITI | PERSIDANGAN ANTARABANGSA MAAFIM KE-4 - PPIM - 20/07/2024
20 Julai 2024 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-4 anjuran MAAFIM bertema "Beyond Borders: Global Perspective in Interdisciplinary Healthcare" di Hotel Glenmarie, Shah Alam.
Persidangan ini mengumpulkan pakar kesihatan dari USA, India, Australia & Malaysia.
KAMPUNG SUNGAI BARU: PPIM GESA SEMUA PIHAK GUNA SALURAN BETUL - MALAYSIA GAZETTE - 20/07/2024
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa semua pihak menggunakan saluran yang betul dalam usaha mendapatkan penyelesaian terbaik dalam isu yang membelenggu pembangunan di Kampung Sungai Baru.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya ada menerima maklumat sebahagian kumpulan majoriti penduduk yang bersetuju dan telah berpindah keluar sejak menerima arahan mahkamah.
“Bagaimanapun PPIM juga sedia maklum ada sebahagian penduduk yang tidak bersetuju dengan tawaran pihak pemaju dan telah membuat rayuan ke mahkamah berhubung isu pampasan.
“Saya yakin komitmen yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mampu menyelesaikan masalah ini.
“Ini kerana, beliau telah turun padang dan berjumpa dengan kedua-dua pihak yang terlibat dan saya difahamkan individu di dalam video tersebut tidak turut serta pada majlis yang diadakan pada 27 Mei 2024 dan 13 Jun 2024 tempoh hari,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata demikian merujuk video yang tular memaparkan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim yang meminta penduduk Kampung Sungai Baru supaya jangan pindah dan menyerahkan tanah.
Rafidah dilihat menaiki sebuah kenderaan mengelilingi kawasan Kampung Sungai baru sambil menyatakan bantahan dengan menggunakan pembesar suara.
Sementara itu, Nadzim berkata, video terebut tidak mewakili pandangan pihak dan aktivis PPIM di Kampung Sungai Baru.
Katanya, PPIM menawarkan iri untuk berrsama-sama berada dengan pihak yang berkepentingan untuk bermusyawarah dan mendengar daripada semua pihak agar informasi yang betul dapat dijelaskan kepada orang awam.
Jelasnya, libat urus bersama pemegang taruh di Kampung Sungai Baru juga perlu diadakan bukan sekadar mengenai isu pengambilan tanah tetapi juga pembangunan sosio ekonomi, keselamatan, penjagaan alam dan pembangunan insan seiring dengan konsep Malaysia Madani.- MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
KAMPUNG SUNGAI BARU: PPIM GESA SEMUA PIHAK GUNA SALURAN BETUL
https://malaysiagazette.com/2024/07/20/kampung-sungai-baru-ppim-gesa-semua-pihak-guna-saluran-betul/
ISU KAMPUNG SUNGAI BARU: PPIM MAHU SEMUA PIHAK GUNA SALURAN BETUL - SINAR HARIAN - 20/07/2024
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu semua pihak menggunakan saluran yang betul dalam usaha mendapatkan penyelesaian terbaik dalam isu yang membelenggu pembangunan di Kampung Sungai Baru.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya ada menerima maklumat sebahagian kumpulan majoriti penduduk yang bersetuju dan telah berpindah keluar sejak menerima arahan mahkamah.
Bagaimanapun katanya, PPIM juga sedia maklum ada sebahagian penduduk yang tidak bersetuju dengan tawaran pihak pemaju dan telah membuat rayuan ke mahkamah berhubung isu pampasan.
"Saya yakin komitmen yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mampu menyelesaikan masalah ini.
"Ini kerana, beliau telah turun padang dan berjumpa dengan kedua-dua pihak yang terlibat dan saya difahamkan individu di dalam video tersebut tidak turut serta di majlis yang diadakan pada 27 Mei 2024 dan 13 Jun 2024 tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, tular satu video yang memaparkan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim meminta penduduk Kampung Sungai Baru supaya jangan pindah dan serah tanah.
Rafidah dilihat menaiki sebuah kenderaan mengelilingi kawasan Kampung Sungai baru sambil melontarkan bantahan dengan menggunakan pembesar suara.
Nadzim menegaskan video tular baru-baru ini tidak mewakili pandangan pihak dan aktivis PPIM di Kampung Sungai Baru.
Pada masa sama, PPIM menawarkan diri untuk bersama-sama berada dengan pihak yang berkepentingan untuk bermusyawarah dan mendengar daripada semua pihak agar informasi yang betul dapat dijelaskan kepada orang awam.
"Masalah ini telah berlanjutan dari tahun 2016, melibatkan tiga menteri sebelum Dr Zaliha lagi. Maka lagi cepat kita duduk bersama lagi cepat kita mendapat persefahaman,"jelasnya.
Nadzim memberitahu kerjasama semua pihak adalah perlu dan tidak mahu isu itu dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, PPIM juga mahukan libat urus bersama pemegang taruh di Kampung Sungai Baru bukan sekadar isu pengambilan tanah tetapi juga pembangunan sosio ekonomi, keselamatan, penjagaan alam dan pembangunan insan seiring dengan konsep Malaysia Madani.
"PPIM berharap Kampung Baru kekal menjadi Kampung Melayu biarpun di celah-celah kemajuan Kuala Lumpur.
"Kita tidak dapat lari dari pembangunan namun jangan sampai hilang identiti jati diri dan hanya tinggal sekadar sejarah sahaja," katanya.
Artikel oleh: Sinar Harian
ISU KAMPUNG SUNGAI BARU: PPIM MAHU SEMUA PIHAK GUNA SALURAN BETUL
Saturday, July 20, 2024
ISU KAMPUNG SUNGAI BARU: PPIM NASIHAT GUNA SALURAN BETUL - KENYATAAN MEDIA PPIM - 20/07/2024
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu semua pihak menggunakan saluran yang betul dalam usaha mendapatkan penyelesaian terbaik dalam isu yang membelenggu pembangunan di Kampung Sungai Baru.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata pihaknya ada menerima maklumat sebahagian kumpulan majoriti penduduk yang bersetuju dan telah berpindah keluar semenjak menerima arahan mahkamah.
Walau bagaimanapun, PPIM juga sedia maklum ada sebahagian penduduk yang tidak bersetuju dengan tawaran pihak pemaju dan telah membuat rayuan ke mahkamah mengenai isu pampasan.
"Saya yakin komitmen yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) YB Dr. Zaliha Mustafa, mampu menyelesaikan masalah ini," katanya.
Nadzim menegaskan video tular baru-baru ini tidak mewakili pandangan PPIM, serta aktivis PPIM di Kampung Sungai Baru juga tidak mewakili pihak PPIM.
"Dr. Zaliha telah turun padang dan berjumpa dengan kedua-dua pihak yang terlibat, dan saya difahamkan individu di dalam video tersebut tidak turut serta di majlis yang diadakan pada 27 Mei 2024 dan 13 Jun 2024 tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan.
PPIM menawarkan diri untuk bersama-sama berada dengan pihak yang berkepentingan untuk bermusyawarah dan mendengar dari semua pihak agar informasi yang betul dapat dijelaskan kepada orang awam.
"Kita perlu adil mendengar dari semua pihak dan mencetuskan situasi menang-menang (win-win situation) dan mencegah persepsi buruk terutama membabitkan sentimen kaum.
"Masalah ini telah berlanjutan dari tahun 2016, melibatkan tiga menteri sebelum Dr. Zaliha lagi. Maka lagi cepat kita duduk bersama lagi cepat kita mendapat persefahaman," katanya.
Nadzim menegaskan kerjasama semua pihak adalah perlu dan tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, PPIM mahukan libat urus bersama pemegang taruh di Kampung Sungai Baru bukan sekadar isu pengambilan tanah tetapi juga pembangunan sosio ekonomi, keselamatan, penjagaan alam dan pembangunan insan seiring dengan konsep Malaysia MADANI.
"PPIM berharap Kampung Baru kekal menjadi Kampung Melayu biarpun di celah-celah kemajuan Kuala Lumpur. Kita tidak dapat lari dari pembangunan namun jangan sampai hilang identiti jati diri dan hanya tinggal sekadar sejarah sahaja.
Tuesday, July 16, 2024
PPIM ADVOCATES FOR LEFTOVER FOOD MANAGEMENT POLICY TO COMBAT FOOD WASTE AND PROMOTE RETORT TECHNOLOGY - PRESS STATEMENT PPIM - 16/07/2024
Kuala Lumpur – Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) is calling upon the Malaysian government and the corporate sector to collaborate on the formulation of a comprehensive Leftover Food Management Policy. This initiative is aimed at reducing cooked food wastage and encouraging the adoption of retort technology as a sustainable solution.
It is a common practice that leftover food is often discarded and wasted, leading to significant food wastage. PPIM proposes a solution where leftover food can be efficiently packed using retort technology and distributed to those in need. By embracing this approach, we can effectively address food wastage while providing support to individuals and communities facing food insecurity.
In addition to the social and environmental benefits of reducing food wastage, PPIM highlights the economic advantage of adopting a Leftover Food Management Policy. By ensuring that consumers receive the actual quantity of goods they purchase, this initiative can help in stabilizing prices of goods by reducing unnecessary wastage.
To encourage the adoption of this policy, PPIM suggests that the government and corporate entities implement a requirement for hotels and restaurants seeking catering contracts to demonstrate their commitment to the Leftover Food Management Policy. By mandating proof of adherence to this policy as a prerequisite for business engagement, corporations will be motivated to integrate sustainable food practices into their operations.
PPIM believes this proactive step will not only drive the reduction of food waste in the hospitality sector but also encourage businesses to prioritize social responsibility and sustainable food management practices.
We urge all stakeholders, including government bodies, industry representatives, and consumers, to support the development and implementation of a robust Leftover Food Management Policy. By working together towards this common goal, we can create a more sustainable and responsible approach to food consumption that benefits both society and the environment.
For more information or media inquiries, please reach out to:
Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM)
Email : salam@ppim.org.my
Phone : +60136116666 / +603-4050 3055
Let us join
hands in combating food wastage, promoting sustainable practices, and ensuring
that no one in our community goes hungry.
PPIM PERJUANGKAN DASAR PENGURUSAN MAKANAN UNTUK BANTERAS PEMBAZIRAN MAKANAN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 16/07/2024
Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru kerajaan Malaysia dan sektor korporat untuk bekerjasama dalam penggubalan Dasar Pengurusan Makanan Sisa yang komprehensif.
Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan yang dimasak dan menggalakkan penggunaan teknologi retort sebagai penyelesaian yang mampan.
Sudah menjadi amalan biasa bahawa sisa makanan sering dibuang dan dibazirkan, yang membawa kepada pembaziran makanan yang ketara.
PPIM mencadangkan penyelesaian di mana sisa makanan boleh dibungkus dengan cekap menggunakan teknologi retort dan diedarkan kepada mereka yang memerlukan. Dengan menerima pendekatan ini, kita boleh menangani pembaziran makanan dengan berkesan sambil memberikan sokongan kepada individu dan komuniti yang menghadapi ketidakamanan makanan.
Sebagai tambahan kepada faedah sosial dan alam sekitar untuk mengurangkan pembaziran makanan, PPIM menonjolkan kelebihan ekonomi dalam mengamalkan Dasar Pengurusan Makanan Sisa.
Dengan memastikan pengguna menerima kuantiti sebenar barangan yang mereka beli, inisiatif ini dapat membantu dalam menstabilkan harga barangan dengan mengurangkan pembaziran yang tidak perlu.
Untuk menggalakkan penggunaan dasar ini, PPIM mencadangkan agar kerajaan dan entiti korporat melaksanakan keperluan untuk hotel dan restoran yang mendapatkan kontrak katering untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap Dasar Pengurusan Makanan Sisa.
Dengan mewajibkan bukti pematuhan kepada dasar ini sebagai prasyarat untuk penglibatan perniagaan, syarikat akan terdorong untuk menyepadukan amalan makanan mampan ke dalam operasi mereka.
PPIM percaya langkah proaktif ini bukan sahaja akan memacu pengurangan sisa makanan dalam sektor hospitaliti tetapi juga menggalakkan perniagaan mengutamakan tanggungjawab sosial dan amalan pengurusan makanan yang mampan.
Kami menggesa semua pihak berkepentingan, termasuk badan kerajaan, wakil industri dan pengguna, untuk menyokong pembangunan dan pelaksanaan Dasar Pengurusan Makanan Sisa yang teguh. Dengan bekerjasama ke arah matlamat bersama ini, kita boleh mencipta pendekatan yang lebih mampan dan bertanggungjawab terhadap penggunaan makanan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan media, sila hubungi:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
E-mel : salam@ppim.org.my
Telefon : +60136116666 / +603-4050 3055
Marilah kita berganding bahu dalam memerangi pembaziran makanan, menggalakkan amalan mampan, dan memastikan tiada sesiapa dalam komuniti kita kelaparan.
Saturday, July 13, 2024
PERKONGSIAN KOS MAMPU ELAK HOSPITAL SWASTA SALAH GUNA INSURANS - BERITA HARIAN - 12/07/2024
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan perkongsian kos atau pembayaran bersama untuk produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan (MHIT) disifatkan berupaya mengelak hospital swasta daripada menyalahgunakan takaful perubatan pengguna insurans berkenaan.
Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Mohd Afiq Salim berkata ini memandangkan apabila ciri-ciri pembayaran ini dilaksanakan hospital swasta tidak akan sewenang-wenangnya memasukkan pesakit ke dalam wad kerana perlu mengambil kira pembayaran bersama yang perlu ditanggung pengguna itu.
Justeru, katanya, apabila kadar kemasukan ke hospital berkurangan, peningkatan sumbangan dari semasa ke semasa oleh syarikat insurans dapat dikurangkan dan secara tidak langsung ini juga akan mengurangkan beban rakyat.
"Kebanyakan pengguna insurans inginkan sumbangan yang lebih rendah dan keadaan itu menyebabkan syarikat insurans terpaksa menanggung kadar infalsi perubatan yang sangat tinggi seperti yang dilaporkan antara 12 hingga 15 peratus pada tahun 2023 hingga 2024.
"Jadi apabila ciri pembayaran bersama ini tidak dilaksanakan, syarikat insurans terpaksa meletakkan kadar sumbangan atau pembayaran polisi yang tinggi dan ini pastinya akan membebankan keupayaan rakyat untuk memiliki takaful perubatan.
"Seeloknya, apabila ada ciri pembayaran bersama ini, kadar caruman dapat dikurangkan antara 19 hingga 60 peratus," katanya kepada BH, di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan pelaksanaan perkongsian kos atau pembayaran bersama untuk produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan (MHIT) mulai 1 September, membolehkan pengguna memilih produk pada kos lebih rendah berdasarkan kemampuan kewangan dan keperluan mereka.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Zharif Johor, berpendapat pihak penyedia takaful dan insurans sewajarnya mengurangkan sumbangan pengguna dengan mengurangkan komisen ejen yang didakwa mencecah sehingga 45 peratus.
Katanya, setiap kali berlaku peningkatan kadar bayaran, pengguna yang harus menanggung kesannya dan perkara ini tidak seharusnya berlaku.
"Jangan terus bebani pengguna apabila berlaku peningkatan kos. Perlu dilaksanakan rasionalisasi komisen serta kos-kos lain dan bukannya menyalurkan kos itu kepada pengguna semata-mata.
"Harus diingatkan bahawa penggunalah yang selama ini memberi peluang perniagaan dan keuntungan kepada mereka.
"Malah, BNM harus tegas dalam perkara ini kerana keutamaan mereka adalah memelihara kepentingan pengguna dan bukannya korporat semata,"katanya.
Jelasnya lagi, amat tidak wajar apabila berlaku peningkatan kos, bebanan disalurkan kepada pengguna setiap masa tanpa pihaklain yang terbabit sama perlu berkorban.
Artikel oleh: Berita Harian
PERKONGSIAN KOS MAMPU ELAK HOSPITAL SWASTA SALAH GUNA INSURANS
Thursday, July 11, 2024
CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX' - ASTRO AWANI - 10/07/2024
KUALA LUMPUR: Aktiviti cetak rompak digital yang menggunakan aplikasi atau perisian tidak sah semakin membimbangkan dengan pelbagai kandungan negatif yang boleh merosakkan termasuk judi dalam talian dan lucah, disebarkan dengan meluas.
Selain itu, aktiviti itu turut tidak menghormati undang-undang hak cipta kerana sindiket yang terbabit menyiarkan karya kreatif dan sebagainya tanpa izin pemilik.
Itu adalah antara perkara yang dibincangkan dalam perbincangan rasmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet, dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabat Finas, semalam.
Mengulas mengenainya, Azmir menyatakan bahawa tindakan proaktif perlu diambil segera bagi mengatasi isu cetak rompak yang semakin meluas dengan kerugian dialami industri media dan hiburan di negara ini dianggar mencecah RM3 bilion.
Katanya, perbincangan itu membawa kepada keputusan untuk melaksanakan kempen kesedaran mengenai penjualan peranti televisyen atau android box.
"Langkah ini diambil untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai bahaya kandungan tidak ditapis yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak tanpa pengawasan.
"Finas akan bekerjasama dengan Altimet yang akan bertindak sebagai jurucakap untuk menyebarkan maklumat ini di semua platform media sosial, stesen televisyen, dan panggung wayang mengenai penggunaan peranti penstriman haram ini.
"Sementara itu, PPIM akan membantu Finas dalam menghasilkan kandungan dan mesej mengenai isu cetak rompak ini secara lebih meluas kepada orang ramai," katanya.
Beliau berkata, Finas juga akan berbincang dengan wakil platform e-dagang, Shopee dalam masa terdekat mengenai isu cetak rompak yang dijual secara meluas di platform tersebut.
"Saya berharap pertemuan ini akan menghasilkan penyelesaian baharu untuk menangani isu cetak rompak melalui data yang mereka miliki," katanya.
Artikel oleh: Astro Awani
CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX'
PENCETAKAN DIGITAL HARAM MENINGKAT: FINAS, ALTIMET DAN PPIM BERUSAHA ATASI ISU HAK CIPTA - LIPUTAN MALAYSIA - 10/07/2024
Aktiviti pencetakan digital haram menggunakan aplikasi atau perisian semakin membimbangkan disebabkan penyebaran luas kandungan negatif seperti perjudian dalam talian dan bahan lucah.
Selain itu, aktiviti ini juga melanggar undang-undang hak cipta kerana sindiket yang terlibat menyebarkan karya kreatif tanpa izin pemilik.
Perbincangan rasmi antara Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet; serta Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabat Finas semalam turut mempertimbangkan isu-isu ini.
Memberi ulasan tentang perkara tersebut, Azmir menyatakan perlunya mengambil tindakan proaktif dengan segera bagi menangani masalah cetak rompak yang semakin merebak yang menyebabkan kerugian besar kepada industri media dan hiburan negara, yang diperkirakan mencecah RM3 bilion.
Beliau menyatakan bahawa perbincangan tersebut telah menghasilkan keputusan untuk melancarkan kempen kesedaran mengenai penjualan peranti televisyen atau kotak Android.
“Langkah ini diambil untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai bahaya kandungan tidak ditapis yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak tanpa pengawasan.
“Finas akan bekerjasama dengan Altimet yang akan bertindak sebagai jurucakap untuk menyebarkan maklumat ini di semua platform media sosial, stesen televisyen dan panggung wayang mengenai penggunaan peranti penstriman haram ini.
“Sementara itu, PPIM akan membantu Finas dalam menghasilkan kandungan dan mesej mengenai isu cetak rompak ini secara lebih meluas kepada orang ramai,” katanya.
Beliau berkata, Finas juga akan berbincang dengan wakil platform e-dagang, Shopee dalam masa terdekat mengenai isu cetak rompak yang dijual secara meluas di platform tersebut.
“Saya berharap pertemuan ini akan menghasilkan penyelesaian baharu untuk menangani isu cetak rompak melalui data yang mereka miliki,” katanya.
Artikel oleh: Liputan Malaysia
PENCETAKAN DIGITAL HARAM MENINGKAT: FINAS, ALTIMET DAN PPIM BERUSAHA ATASI ISU HAK CIPTA
CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX' - ASTRO AWANI - 10/07/2024
Aktiviti cetak rompak digital yang menggunakan aplikasi atau perisian tidak sah semakin membimbangkan dengan pelbagai kandungan negatif yang boleh merosakkan termasuk judi dalam talian dan lucah, disebarkan dengan meluas.
Selain itu, aktiviti itu turut tidak menghormati undang-undang hak cipta kerana sindiket yang terbabit menyiarkan karya kreatif dan sebagainya tanpa izin pemilik.
FINAS, ALTIMET, PPIM TANGANI CETAK ROMPAK DIGITAL - BERITA HARIAN - 11/07/2024
KUALA LUMPUR: Penggunaan kotak android TV yang dijual secara berleluasa di platform e-dagang dan media sosial bukan sahaja menyumbang kepada isu cetak rompak digital melalui penyiaran kandungan haram, malah memudaratkan pengguna melalui pilihan 'content' dipercayai pornografi serta permainan judi atas talian.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan mahu mengambil langkah segera melalui kempen kesedaran bagi memastikan setiap isi rumah tahu keburukan penggunaan peranti tidak sah.
"Antara perkara yang kita putuskan pada mesyuarat hari ini (kelmarin) adalah untuk mempromosikan kempen kesedaran mengenai bahaya penggunaan kotak android tidak sah ini.
"Sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita tonton bersama keluarga di rumah. Kita hendak pastikan seluruh isi rumah tahu peranti ada kandungan bahan tidak ditapis termasuk bahan lucah dan permainan judi dalam rumah mereka.
"Apabila kempen itu dilaksanakan, ia akan menimbulkan kesedaran kepada semua pihak mengenai keburukan dan bahaya peranti haram itu kepada keluarga dan masyarakat.
"Kalau tiada kawalan, sesiapa sahaja yang ada di rumah termasuk kanak-kanak boleh akses tanpa sekatan," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, Azmir mempengerusikan mesyuarat membincangkan isu cetak rompak digital bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diwakili Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan di Kompleks FINAS, Hulu Klang, kelmarin.
Azmir berkata, FINAS bersama rakan strategik akan menggunakan pelbagai saluran bagi memastikan kempen kesedaran penggunaan kotak android TV secara haram, mencapai objektif.
"FINAS bersama Altimet dan PPIM akan mempromosikan kempen kesedaran dalam skala yang lebih besar.
"Antaranya adalah dengan mengadakan pengumuman khidmat masyarakat. Kita akan minta bantuan Altimet menjadi jurucakap. Kita akan sebar melalui televisyen (TV), media sosial dan pawagam.
"Peranan PPIM pula membantu FINAS. Sebelum ini, PPIM pernah hasilkan kandungan isu cetak rompak dan masalah dalaman industri kreatif melalui FINAS dan Kementerian Komunikasi.
"Selain bantu kita hebahkan mesej ini kepada orang ramai, PPIM ada pengalaman untuk menangani isu seumpama itu," katanya.
Azmir mempengerusikan mesyuarat membincangkan isu cetak rompak digital bersama Altimet Nadzim di Kompleks FINAS, Hulu Klang, kelmarin. - NSTP/Saifullizan Tamadi |
Azmir berkata, FINAS akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan sebuah syarikat pengendali e-dagang bagi membincangkan isu cetak rompak membabitkan platform terbabit.
"Sebagai permulaan, bahagian pelesenan FINAS akan bertemu pihak terbabit. Kebetulan, kami dapat aduan platform berkenaan didakwa menjual pemacu pena mengandungi filem dan muzik yang dimuat naik secara haram.
"Kami ingin bertanya apa peranan dan tindakan yang mereka lakukan untuk mengekang cetak rompak digital.
"Saya percaya dalam organisasi mereka, pasti ada perancangan untuk mengurangkan isu begini.
"Kalau boleh kami hendak kongsi dan dapatkan perkembangan terbaharu mengenainya. Dengan adanya perkembangan teknologi, saya fikir dari semasa ke semasa mereka sudah tahu corak pengguna.
"Melalui maklumat inilah yang kita akan tanya kepada pengendali e-dagang terbabit adakah mereka sedar mengenai isu cetak rompak.
"Apakah dengan data yang diperoleh itu, mereka akan tangani isu ini atau tutup sebelah mata sahaja," katanya.
Altimet berkata, kempen kesedaran penggunaan kotak android TV secara haram perlu menerap semangat jati diri, iaitu rasa bangga menyokong karya tempatan selain berdosa jika mencuri hasil titik peluh orang lain.
"Kita buat orang rasa bangga kalau tonton atau strim muzik secara sah. Ini suatu perbuatan yang boleh dibanggakan.
"Di negara jiran kita, mereka bangga dengan karya lokal. Malah, ada antara golongan T20 di sana bayar lebih untuk artis tempatan sebagai penghargaan.
"Kalau orang kita tidak 'layan' benda-benda haram seperti ini, sebenarnya, tidak perlu undang-undang pun. Apa yang penting, ubah cara kita berfikir.
"Satu cara lagi untuk membangkitkan kesedaran adalah majoriti kita orang Islam. Ada disebut dalam khutbah, cetak rompak ini sama seperti mencuri di mana perbuatan itu berdosa.
"Kita boleh berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menjelaskan perkara ini," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
FINAS, ALTIMET, PPIM TANGANI CETAK ROMPAK DIGITAL
BINCANG HAPUSKAN CETAK ROMPAK DIGITAL - HARIAN METRO - 10/07/2024
Kuala Lumpur: Isu cetak rompak digital menggunakan aplikasi atau perisian tidak sah semakin membimbangkan membabitkan pelbagai kandungan pornografi, judi dalam talian dan karya siaran pemilik hak cipta tanpa kebenaran.
Perkara itu didedahkan dalam satu perbincangan rasmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali Altimet dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabat Finas, di sini, semalam.
Azmir berkata, langkah proaktif perlu diaktifkan dengan segera bagi menangani isu cetak rompak yang dijual secara berleluasa kepada orang ramai selepas industri media dan hiburan Malaysia dianggar mengalami kerugian sebanyak RM3 bilion akibat jenayah cetak rompak.
"Hasil perbincangan yang diadakan kami berjaya mencapai satu keputusan untuk melaksanakan kempen kesedaran mengenai penjualan peranti televisyen atau lebih dikenali sebagai Android Box yang mengandungi kandungan pornografi, judi dalam talian dan karya siaran pemilik hak cipta tanpa kebenaran.
"Langkah ini dibuat bagi memberi kesedaran kepada orang ramai yang sudah menggunakan peranti itu mengenai bahayanya kandungan-kandungan yang tidak ditapis dan boleh diakses oleh sesiapa saja termasuk kanak-kanak tanpa pengawasan mereka.
"Finas akan bekerjasama dengan Altimet yang akan bertindak sebagai jurucakap bagi menghebahkan di seluruh platform media sosial, stesen televisyen dan panggung wayang mengenai penggunaan peranti penstriman haram ini.
"Sementara itu, peranan PPIM pula akan membantu Finas dalam menghasilkan kandungan atau mesej mengenai isu cetak rompak ini secara lebih meluas kepada orang ramai," katanya.
Menurut Azmir, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan wakil platform e-dagang, Shopee dalam waktu terdekat bagi membincangkan isu cetak rompak yang dijual secara berleluasa di platform itu.
"Saya sudah meminta pihak pelesenan Finas untuk mengadakan pertemuan sekali lagi dengan pihak Shopee untuk bertanyakan isu serta masalah cetak rompak yang dijual di platform itu.
"Melalui perjumpaan itu nanti kami akan membincangkan apakah peranan dan tindakan yang boleh diambil oleh platform e-dagang itu dalam menangani isu cetak rompak ini.
"Saya percaya mereka juga sedar mengenai masalah yang berlaku ini, tapi adakah mereka boleh menangani masalah ini secara bersama atau hanya tutup mata saja.
"Kebetulan saya memang ada pertemuan dengan Shopee untuk satu kes lain yang kami terima iaitu penjualan pemacu kilat yang mengandungi karya filem dan lagu tempatan yang dijual secara haram di platform itu.
"Saya harap dengan pertemuan yang diadakan nanti kami mencapai satu solusi baharu yang boleh dibuat bagi menangani isu cetak rompak melalui data-data yang mereka miliki," katanya yang akan turut bertemu dengan platform e-dagang lain secara berkala.
Artikel oleh: Harian Metro
BINCANG HAPUSKAN CETAK ROMPAK DIGITAL
https://www.hmetro.com.my/rap/2024/07/1109777/bincang-hapuskan-cetak-rompak-digital
Thursday, July 4, 2024
AKTIVITI | MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN CARUMAN SKSPS, SKSSR SERTA PERTUKARAN SURAT NIAT KERJASAMA JWP DENGAN PERKESO - PPIM - 03/07/2024
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi pada Majlis Penyerahan Tajaan Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Pertukaran Surat Niat Kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) semalam.
Monday, July 1, 2024
IKLAN PRODUK BERBAUR LUCAH NEELOFA, PPIM PERSOAL ISU ETIKA - HARIAN METRO - 29/06/2024
Kuala Lumpur: Iklan produk membawa mesej tertentu atau maksud tersirat berbaur lucah tidak seharusnya diguna pakai untuk menarik perhatian pengguna.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dari segi etikanya, perkara itu adalah salah jika ia dilakukan.
"Contohnya ubat-ubatan yang menggunakan perempuan (sebagai iklan) tak berapa kena juga.
"Apapun, jika ia bersandarkan kepada mesej tertentu yang tidak patut, ia tidak boleh (dilakukan)," katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila artis dan usahawan, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, didakwa mempromosikan produk minuman kesihatan khusus buat isteri.
Bagaimanapun, tindakan itu menerima kritikan netizen berikutan foto pada iklan berkenaan didakwa mempunyai maksud tersirat dan berbaur lucah.
Syarikat Nilofa Group yang dimiliki oleh Neelofa kemudiannya tampil membuat permohonan maaf selepas foto pada iklan produk kesihatan mereka menerima kecaman.
Mengulas lanjut, Nadzim berpandangan, pengiklanan di media sosial amat sukar untuk dikawal dan diambil tindakan berbanding jika ia dilakukan menggunakan media tradisional seperti surat khabar atau televisyen.
"(Iklan) dengan surat khabar ada kawalan tertentu. Contohnya, surat khabar iklan orang mati pun kena ada sijil berbanding kalau menggunakan media sosial," katanya.
Beliau berkata, antara tindakan boleh diambil untuk memberikan pengajaran kepada pihak yang mengeluarkan iklan seperti itu adalah dengan melakukan boikot oleh pengguna.
Selain itu katanya, Kementerian Komunikasi juga digesa untuk mengeluarkan amaran kepada pihak yang melakukan kesalahan.
"Walaupun tidak ada undang-undang mengenai media sosial, tetapi pengaruh kementerian dan kerajaan cukup bagus untuk menyelaraskan apa yang disebarkan.
"Yang jelas dia (Kementerian Komunikasi) kena keluarkan amaran. Mungkin amaran itu tak ada harga, tetapi apabila ia dikeluarkan, ini bermakna rakyat akan melihat perkara ini dari sudut yang serius," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
IKLAN PRODUK BERBAUR LUCAH NEELOFA, PPIM PERSOAL ISU ETIKA
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2024
(339)
-
▼
July
(18)
- OPPOSING VIEWS ON COVID-19 DIRECTIVE - THE SUN - 3...
- COMPLETE VACCINATION OR FACE ACTION, MINISTRY STAF...
- AKTIVITI | SESI PODCAST HARIAN METRO APA-APA SAJA ...
- AKTIVITI | PERSIDANGAN ANTARABANGSA MAAFIM KE-4 - ...
- KAMPUNG SUNGAI BARU: PPIM GESA SEMUA PIHAK GUNA SA...
- ISU KAMPUNG SUNGAI BARU: PPIM MAHU SEMUA PIHAK GUN...
- ISU KAMPUNG SUNGAI BARU: PPIM NASIHAT GUNA SALURAN...
- PPIM ADVOCATES FOR LEFTOVER FOOD MANAGEMENT POLICY...
- PPIM PERJUANGKAN DASAR PENGURUSAN MAKANAN UNTUK BA...
- PERKONGSIAN KOS MAMPU ELAK HOSPITAL SWASTA SALAH G...
- FINAS, ALTIMET, PPIM TANGANI CETAK ROMPAK DIGITAL ...
- CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASA...
- PENCETAKAN DIGITAL HARAM MENINGKAT: FINAS, ALTIMET...
- CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASA...
- FINAS, ALTIMET, PPIM TANGANI CETAK ROMPAK DIGITAL ...
- BINCANG HAPUSKAN CETAK ROMPAK DIGITAL - HARIAN MET...
- AKTIVITI | MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN CARUMAN SKSPS,...
- IKLAN PRODUK BERBAUR LUCAH NEELOFA, PPIM PERSOAL I...
-
▼
July
(18)