Showing posts with label ETIKA. Show all posts
Showing posts with label ETIKA. Show all posts

Monday, July 1, 2024

IKLAN PRODUK BERBAUR LUCAH NEELOFA, PPIM PERSOAL ISU ETIKA - HARIAN METRO - 29/06/2024

 

Kuala Lumpur: Iklan produk membawa mesej tertentu atau maksud tersirat berbaur lucah tidak seharusnya diguna pakai untuk menarik perhatian pengguna.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dari segi etikanya, perkara itu adalah salah jika ia dilakukan.

"Contohnya ubat-ubatan yang menggunakan perempuan (sebagai iklan) tak berapa kena juga.

"Apapun, jika ia bersandarkan kepada mesej tertentu yang tidak patut, ia tidak boleh (dilakukan)," katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila artis dan usahawan, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, didakwa mempromosikan produk minuman kesihatan khusus buat isteri.

Bagaimanapun, tindakan itu menerima kritikan netizen berikutan foto pada iklan berkenaan didakwa mempunyai maksud tersirat dan berbaur lucah.

Syarikat Nilofa Group yang dimiliki oleh Neelofa kemudiannya tampil membuat permohonan maaf selepas foto pada iklan produk kesihatan mereka menerima kecaman.

Mengulas lanjut, Nadzim berpandangan, pengiklanan di media sosial amat sukar untuk dikawal dan diambil tindakan berbanding jika ia dilakukan menggunakan media tradisional seperti surat khabar atau televisyen.

"(Iklan) dengan surat khabar ada kawalan tertentu. Contohnya, surat khabar iklan orang mati pun kena ada sijil berbanding kalau menggunakan media sosial," katanya.

Beliau berkata, antara tindakan boleh diambil untuk memberikan pengajaran kepada pihak yang mengeluarkan iklan seperti itu adalah dengan melakukan boikot oleh pengguna.

Selain itu katanya, Kementerian Komunikasi juga digesa untuk mengeluarkan amaran kepada pihak yang melakukan kesalahan.

"Walaupun tidak ada undang-undang mengenai media sosial, tetapi pengaruh kementerian dan kerajaan cukup bagus untuk menyelaraskan apa yang disebarkan.

"Yang jelas dia (Kementerian Komunikasi) kena keluarkan amaran. Mungkin amaran itu tak ada harga, tetapi apabila ia dikeluarkan, ini bermakna rakyat akan melihat perkara ini dari sudut yang serius," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

IKLAN PRODUK BERBAUR LUCAH NEELOFA, PPIM PERSOAL ISU ETIKA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/06/1105753/iklan-produk-berbaur-lucah-neelofa-ppim-persoal-isu-etika

Thursday, December 30, 2010

Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Berhubung Aduan Pekerja Pembinaan Tidak Mengamalkan Ciri Keselamatan Di Tapak Pembinaan



 Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Berhubung Aduan Pekerja Pembinaan Tidak Mengamalkan Ciri Keselamatan Di Tapak Pembinaan

KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGAMALKAN CIRI KESELAMATAN




Saban hari kita mendengar berita berbagai jenis kemalangan berlaku. Daripada kemalangan jalanraya kepada kemalangan industri. Betapa ruginya negara apabila sesuatu kemalangan berlaku dan yang paling malang kebanyakan kemalangan ini biasanya  boleh dielak tetapi tabiat buruk  dan budaya tak kisah menguasai kita.
Gambar-gambar yang dilampirkan adalah pemandangan kerja-kerja menyiapkan Regalia Apartment, di Jalan Kuching dari tingkat 40 kediaman berhampiran. Kelihatan lebih dari 4 orang pekerja bersahaja bekerja tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan seperti topi keselamatan@safety helmet, kasut keselamatan@safety boot malah, ada juga yang berseluar pendek.
Di mana penyelia yang sepatutnya menentukan pematuhan undang-undang dan peraturan keselamatan? Di mana jabatan/PBT berkaitan yang patut melaksanakan undang-undang?
Haruskah perlu ditunggu dan dibiar ada kemalangan atau kematian dulu  baru sibuk nak kuatkuasakan peraturan?  Selepas 2 bulan, ulangi lagi sindrom lupa tersebut!
Inilah yang terjadi jika kita tunggu dan biar. Sikap inilah yang menjadi antara punca kemalangan bas yang meragut banyak nyawa kebelakangan ini. Kelalaian dan kecuaian pihak pengurusan atasan dalam memantau pekerja bawahan/teknikal inilah yang menggalakkan perkara yang boleh dibendung/dielakkan terus berlaku. Apabila nasi sudah menjadi bubur, tiada apa lagi yang boleh diperbetul. Malah, semua pihak saling salah-menyalah dan saling menunding jari antara satu sama lain.
PPIM berharap semoga di tahun baru ini, semua pihak yang di dalam industri berkaitan berazam untuk mengelak kemalangan dan bekerja dengan penuh kesungguhan dan amanah. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah!
Sebarang maklumat, boleh menghubungi sekretariat di 019-9130000. [end]

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL