Friday, September 8, 2023

JANGAN TERUS MENCABAR UMAT ISLAM - KENYATAAN MEDIA PPIM - 08/09/2023

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy yang cuba mencampuri urusan umat Islam di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi memberi pesanan kepada Arun supaya hentikan provokasi atau bersedia hadapi tindak balas akibat perbuatannya yang mempertikai dan membantah modul asal Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Arun yang juga seorang peguam sebelum ini mendakwa, tindakan KPM mengeluarkan lima hadis daripada modul asal itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS).

Arun mendakwa, lima hadis yang dikeluarkan itu, termasuk hadis ke-8 daripada hadis 40 tersebut, dianggap tidak selari dengan aspirasi perpaduan.

Nadzim berkata perbuatan Arun itu sangat melampau dan sebagai peguam Arun sepatutnya lebih cerdik dalam mengeluarkan kenyataan.

"Adakah KPM terlalu dungu sehingga tunduk kepada orang bukan Islam yang cuba menentukan ajaran Islam mana yang boleh diterima oleh umat Islam negara ini," tegasnya.

Nadzim berkata jika orang bukan Islam terus menekan dan membuat provokasi terhadap umat Islam, negara ini tidak akan aman dan rakyat tidak boleh hidup dalam harmoni.

"Tindakan Arun sama seperti jika umat Islam menyatakan ajaran agama Hindu itu salah dan tidak boleh diajar kepada orang beragama Hindu. Ajaran Hindu itu boleh merosakkan perpaduan, jika itu yang dikatakan umat Islam, apakah Arun akan terima?" tegas Nadzim.

Nadzim berkata pihaknya akan terus mempertahankan agama Islam di Malaysia walau apa jua sekalipun dan meminta semua umat Islam berbuat demikian.

"Kita berkorbanlah apa sahaja demi agama, apa lagi yang kita ada jika maruah Islam diinjak-injak seperti tiada nilai," katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL