Tuesday, July 17, 2018

4556) PENGILANG ROKOK KAUT UNTUNG PERCUMA SELEPAS GST DIMANSUHKAN – SIDANG MEDIA PPIM – 16/7/18

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapati selepas penurunan kadar GST daripada 6 peratus kepada 0 peratus, harga penjualan rokok adalah kekal pada harga asal dengan GST.
Sebelum dan selepas GST, Kementerian Kesihatan tidak membenarkan harga rokok diturunkan kerana takut jika harga rokok lebih murah ia akan menggalakkan lebih banyak perokok.
Bagaimanapun, tanpa pengurangan harga, 6% yang dikenakan oleh syarikat penjual rokok keatas perokok telah memberi keuntungan bonus bagi syarikat pembuatan rokok.
Basir Ahmad dari Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (mawar) berkata maklumat yang diperoleh persatuan itu menunjukkan tiga syarikat tembakau utama memperoleh keuntungan RM96.5 juta sejak GST dikurangkan ke 0 peratus namun harga rokok kekal dengan harga asal.


Justeru, Persatuan Mawar mencadangkan keuntungan ‘atas angin’ yang dinikmati syarikat-syarikat tembakau ini disalurkan kepada tabung harapan negara.

Selain itu persatuan Mawar juga mendapat maklumat syarikat-syarikat pengilang rokok juga mahu mengeluarkan pek rokok yang lebih kecil iaitu 7 dan 14.

‘Kami berharap pihak kerajaan PH bertegas dan tidak membenarkan pengeluaran pek kecil rokok ini kerana ia akan membawa kesan buruk kepada rakyat negara ini,’ katanya.
 Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60137990032. Terima Kasih. [TAMAT]

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...