Thursday, July 12, 2018

4536) KERJAYA MUTAWWIF KERJAYA MULIA – PPIM – 6/7/18

KERJAYA MUTAWWIF KERJAYA MULIA
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diketuai oleh Professor Madya Dr. Mazura Mastura telah mengadakan Program Mutawwif dan Mutawwifah Professional Certificate 2018 siri yang kedua baru-baru ini dengan kerjasama dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Program yang ditaja khas oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini melibatkan dua universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UPSI dengan penyertaan seramai 107 orang siswa dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Program ini diadakan bagi memartabatkan kerjaya Mutawwif dan membuka minda graduan lepasan universiti agar melihat kerjaya Mutawwif sebagai satu kerjaya yang mulia bukan sahaja di dunia malah di akhirat.





Program ini berlangsung selama enam hari bermula 1 Julai 2018 dengan perlaksanaan pelbagai aktiviti yang melatih Mutawwif untuk sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan, terutamanya dari segi menguruskan jemaah umrah di masa akan datang. Program ini diuruskan oleh Manhajj Jejak Mutawwif Global Sdn. Bhd. dan dihadiri oleh barisan pensyarah dan penceramah yang mempunyai pelbagai latar belakang serta pengalaman dalam menguruskan jemaah umrah.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...