Monday, January 22, 2018

4323) PERKASA KELUARGA MENERUSI AL-QURAN – SINAR HARIAN – 22/1/18

KUALA LUMPUR – Bayangkan situasi ini santai bersama keluarga ditaman sambil membaca Al-Quran di tempat terbuka dan makanan dan barangan disediakan secara percuma. Menarik bukan? Situasi ini berlaku semalam di TamanTasik Datuk Keramat.
Barangkali kita tidak pernah terfikir situasi yang cukup indah dan harmoni ini berlaku di negara ini. Namun dengan inisiatif yang digerakkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di bawah Program Keramat Lab 2.0, aktiviti ini sudah memasuki siri kedua.
Program ini anjuran bersama Rumah Ngaji, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Dewan BandarayaKuala Lumpur(DBKL), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Wilayah Persekutuan (ASWaja), ACT Consulting & Education Sdn Bhd, Keluarga Besar Ummah Ikhlas dan Satri Muda#SavingYoungSouls, Al Ammar Resources Sdn Bhd, ELElleFilani International.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusof berkata, ia merupakan kesinambungan KeramatLab yang dilancarkan pada 2 Disember tahun lalu iaitu kempen sepanjang tahun untuk mengukuhkan keluarga melalui al-Quran menerusi kempen My Family #Quran Hour dan #SavingFamilies.
Menurutnya, penganjuran kali kedua ini melibatkan komuniti yang lebih memberangsangkan dan diharapkan akan terus berkembang setiap kali aktiviti diadakan. “Kita mahu membawa masyarakat kepada al-Quran, solat dan infaq untuk mengatasi apa juga masalah yang ada dalam diri mahupun keluarga.
“Program ini akan dilaksanakan setiap bulan dengan menyasarkan penglibatan komuntti terutamanya keluarga untuk memanfaatkan perinteraksian dengan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian.
Sempena program itu juga, katanya, aktiviti infaq ummah iaitu pasar percuma turut menjadi pengisian utama dengan platform konsep berbudi dan penyayang berlandaskan surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5, yang menjadi aktiviti penting untuk mendidik hati ke arah budaya infaq.
“Pelbagai pihak mahupun individu boleh mengambil peluang berkongsi rezekidengan memberipelbagaijenisbarang, makanan dan minuman kepada Orang ramai, secaratidaklangsung mengeratkan hubungan bermasyarakat” katanya.
Kira-kira 300 kOmuniti setempat menyertai program berkenaanyangberlangsung sehinggajam 11.30 pagi.
Program dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna oleh jurulatih ACT Consulting & Education, Firdauis Djamaris, sesi interaksi dengan al-Quran oleh Ketua Pegawai Eksekutif All-Ammar ReSources Sdn Bhd, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, sesi bertadabbur dan bertazakkur oleh pemasihat Modul Rumah Ngaji, Fazrul Fahmee dan perkongsian pengalaman oleh Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor.
Sementara itu, Aktivis Perhubungan Korporat PPIM, Harik Fauzi berkata, PPIM sentiasa terbuka dalam mengerakkan pendekatan bagi menarik penglibatan komuniti setetempat menyertai program itu. “Kita akan dapatkan kerjasama komuniti termasuk dengan bantuan pihak masjid, sekolah-sekolah dan juga persatuan penduduk untuk menyebarluaskan lagi program ini” katanya.
Dalam pada itu, Rosyam Nor, menyambut baik program itu dan menyifatkan ia sebagai platform tepat untuk menggalakkan masyarakat mendekati al-Quran. “Jika kita mahukan kehidupan yang hebat, kita harus luangkan masa sedikit khasnya kepada ibu bapa. “Tak salah sekiranya hujung minggu ada program dijalankan dan dalam masa dua jam saja dah habis. Bawa anak-anak datang ke sini sebagai satu bentuk tanggungjawab memberi pendedahan kepada majlis ilmu” katanya.

Artikel Oleh : Sinar Harian
PERKASA KELUARGA MENERUSI AL-QURAN

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL