Tuesday, January 16, 2018

4310) LESAP RM500,000 ‘PAK ARAB’ JANJI HARTA KARUN TUJUH UNTA – PORTAL ISLAM & MELAYU – 16/1/18


BANGI, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Sindiket penipuan ‘Macau Scam’ dipercayai semakin licik mencari mangsa dengan merekrut ahli baharu dalam kalangan orang tempatan.
Terkini, seorang ustaz kehilangan wang kira-kira RM500,000 gara-gara terpedaya dengan penipuan didalangi ‘Pak Arab’, dedah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
“Ustaz itu kata, dia terpedaya apabila pak sheikh (orang Arab) itu menunjukkannya bayangan seorang puteri cantik dan dia diberitahu akan mendapat harta karun yang dibawa oleh tujuh ekor unta.
“Cerita macam tak logik namun itulah yang berlaku sehingga ustaz yang berada di Ampang ini terpedaya,” kata ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan.
Bukan itu sahaja katanya, beliau sendiri pernah menerima panggilan daripada sindiket yang mendakwa anak kepada bekas Presiden Uganda.
Sindiket itu meminta bantuannya dan ditawarkan emas bernilai jutaan ringgit.
“Dia mungkin tidak kenal saya, jadi saya minta bertemu dengannya dan dalam pertemuan itu saya membawa polis sekali. Jadi polis cekup dia semasa pertemuan,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette.

Artikel Oleh : Portal Islam & Melayu
LESAP RM500,000 ‘PAK ARAB’ JANJI HARTA KARUN TUJUH UNTA

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL