Wednesday, October 10, 2018

4662) NGO HARAP AGIHAN ADIL, TIDAK BEBAN – UTUSAN MALAYSIA – 10/10/18

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Kerajaan perlu memberi jaminan bahawa pelaksanaan cukai baharu yang diperkenalkan kelak tidak membebankan rakyat sekali gus mengagihkan kutipan secara adil dan saksama terutama kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, cukai baharu yang bakal diperkenalkan perlu ada kaedah lebih progresif bagi mengelakkan bebanan cukai.
“Jika cukai baharu diperkenalkan nanti, ia hendaklah tidak membebankan rakyat. Kita harap cukai baharu tersebut dapat menjana ekonomi negara.
“Kewujudan cukai ini diharap dapat menambah merancakkan ekonomi negara dan kita bersetuju jika cukai ini tidak memberi tekanan kepada rakyat kerana sekarang kos sara hidup makin tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, cukai baharu tersebut diharap mampu menggalakkan pengagihan kekayaan dengan lebih adil dan saksama.
Katanya, cadangan memperkenalkan cukai itu bukan bertujuan menyerang golongankaya, sebaliknya disebabkan keadaan ekonomi mencabar dan isu ketidaksamaan ekonomi di negara ini.
Dalam pembentangan bajet 2018, MTEM pernah menyarankan kerajaan memperkenalkan cukai baharu iaitu cukai kekayaan dan warisan. Salah satu yang kami cadangkan ialah mencukai orang yang boleh dicukai dan takkan papa kedana kalau dicukai,” katanya.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Jaafar Abdul Majid pula berkata, sekiranya ada cukai baharu, ia perlu adil dan tidak memberi tekanan kepada golongan pekerja.
Beliau berkata, golongan B40 akan menerima kesan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
NGO HARAP AGIHAN ADIL, TIDAK BEBAN

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...