Friday, October 19, 2018

4689) BANTUAN KEMANUSIAAN UNTUK MANGSA GEMPA DAN TSUNAMI KINI MASUK HARI KE-LIMA - PPIM - 18/10/18

18 okt 2018, Palu -- Bantuan Kemanusiaan untuk mangsa gempa dan tsunami kini masuk hari ke-lima.
Sukarelawan Ngo Mapim, PPIM,Sukarelawan Cdert Ohhsem (Angkatan Pertahanan Awam) dan gabungan Ngo Malaysia dan ngo lazis wahdah dari Indonesia membuat lawatan ke kem sementara mangsa gempa bumi aliran bawah tanah dan tsunami yang melanda bandar Palu pada 28 september lalu.




Lokasi pertama ialah di kawasan kobena yang dianggarkan terdapat seramai 785 orang mangsa. Sukarelawan telah membuat program trauma healing (pemulihan trauma) dan program rawatan oleh doktor yang turut serta dalam misi ini.
Sementara itu lokasi kedua mereka ialah di Tenggede, kawasan yang terputus hubungan jalan raya akibat bencana di daerah Petobo.

Pengagihan bekalan keperluan asas diagihkan kepada mangsa dan sukarelawan turut mendengar luahan mangsa dan pengalaman mereka sewaktu ditimpa musibah.
Proses agihan keperluan asas ini turut dibantu oleh pihak berkuasa daerah Palu bagi menjamin keselamatan dan melancarkan program ini.




Tinjauan kami mendapati mangsa amat berterima kasih kepada sukarelawan dan rakyat Malaysia kerana menyumbang atas dasar keperihatinan.
Pasukan sukarelawan dari Ngo tempatan juga turut sama membantu melancarkan misi tersebut.

Oleh Zulkarnain Abdul Rahman

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...