Monday, January 18, 2016

2487) MINGGUAN MALAYSIA - 17/1/16 - SINDIKET " KEBAL " PENGGUNA TERANIAYA


"MINGGUAN MALAYSIA AHAD"

-1-

WAWANCARA KETUA AKTIVIS PPIM, DATUK NADZIM JOHAN

"SINDIKET KEBAL"

..PENGGUNA TERANIAYA.. 

-2-

Baru-baru ini kecoh dengan beberapa isu penipuan dalam pembelian telefon bimbit sehingga mangsa dikurung di sebuah komplek beli-belah di ibu kota. Seorang aktivis PPIM yang cuba membantu mangsa pula ditahan oleh polis, tetapi tidak ada tindakan ke atas peniaga yang menipu. Bagaimana Datuk melihat perkara ini? 



NADZIM: Sebenarnya, mungkin secara sengaja ada sekumpulan peguam yang apabila kita buat, ada sahaja tidak kena.

Mereka lihat dari sudut undang-undang. Kalau kita tangkap orang masuk dalam rumah kita, mungkin mereka berpihak kepada sebelah sana. Kita lihat perkara ini sebagai satu usaha untuk membantu.

Dalam konteks ini, pengadu telah membawa keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Dia hendak pergi sendiri tidak berani kerana sebelum ini dia pernah dikurung. Jadi kita menemani dia.

 Kita bukan buat serbuan. Inilah yang salah fahamnya. Memang kita tidak ada kuasa buat serbuan dan bukan kita ada angkat kerusi dan meja atau buka fail. Cuma kita minta dikembalikan wang kepada mangsa dan telah diberikan.

 Itu dijadikan sebab untuk menuduh kita meminta duit. Kalau itu pun, kita tidak dapat bangkit untuk 'membeli kebenaran', maka sifat 'siddiq' (benar) itu tidak ada dalam diri kita.

 Kalau menemani itu dikatakan buat serbuan, itu tidak betul. Dan kita pun teman mangsa bawa keputusan tribunal. Dalam hal ini, apakah keputusan tribunal itu salah? Itu kena tanya pihak polis.

Sebab itu, saya minta Ketua Polis Negara melihat mengapa perkara ini perlu berlaku. Mungkin ada benda yang tidak kena di dalam sana. Inipun kita tidak boleh nafi. Ini akan menyebabkan orang ramai terutama generasi Y patah hati dan tidak mahu membantu.

 Kita sudah biasa menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh. Tetapi kita beranggapan ini perlu bagi mendidik masyarakat supaya mereka faham bahawa ada orang hendak menolong dan sudi membantu, supaya kita cintakan negara kita.

Kalau kita dididik dengan persekitaran tidak baik, seperti kita tolong orang tetapi kemudian ditangkap, akhirnya siapa yang hendak membantu. Kita harus memberikan mesej yang baik kepada masyarakat.





Sumber : http://www.utusan.com.my/rencana/sindiket-kebal-pengguna-teraniaya-1.180410



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...