Monday, January 11, 2016

2475) MY NEWSHUB - 1/11/16 - BAUKSIT : TINDAKAN PROAKTIF SPRM DIPUJI – PPIM




KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memuji tindakan proaktif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berjaya memberkas pihak yang merasuah dan mencemarkan alam sekitar.





“Perbuatan tidak beretika itu perlu dibanteras kerana ia memberi kesan buruk kepada kehidupan harian dan ancaman kesihatan,” kata persatuan itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagi memastikan SPRM dapat bertindak lebih efektif dalam memantau aktiviti tidak beretika, PPIM turut mencadangkan supaya suruhanjaya itu menambah anggotanya.
Rabu lalu, SPRM menahan empat petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang termasuk seorang pegawai kanan, kerana disyaki menerima rasuah bernilai lebih RM100,000 daripada pelombong bauksit tidak berlesen di negeri itu.

Semua suspek berusia antara 30 dan 38 tahun itu ditahan di sekitar Kuantan berikutan hasil siasatan SPRM selama lebih dua bulan setengah.





              

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...