Monday, January 11, 2016

2476) HARIAN NEWS - 11/1/16 - BAUKSIT : PPIM PUJI TINDAKAN PROAKTIF SPRM


PENGARAH Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azmi Baki menunjukkan Borang 13D, iaitu Dokumen Pemindahan Bijih Mineral yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) kepada pelombong bauksit bagi tujuan pengangkutan bahan mineral itu.


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memuji tindakan proaktif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berjaya memberkas pihak yang merasuah dan mencemarkan alam sekitar.

“Perbuatan tidak beretika itu perlu dibanteras kerana ia memberi kesan buruk kepada kehidupan harian dan ancaman kesihatan,” kata persatuan itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagi memastikan SPRM dapat bertindak lebih efektif dalam memantau aktiviti tidak beretika, PPIM turut mencadangkan supaya suruhanjaya itu menambah anggotanya.

Rabu lalu, SPRM menahan empat petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang termasuk seorang pegawai kanan, kerana disyaki menerima rasuah bernilai lebih RM100,000 daripada pelombong bauksit tidak berlesen di negeri itu.

Semua suspek berusia antara 30 dan 38 tahun itu ditahan di sekitar Kuantan berikutan hasil siasatan SPRM selama lebih dua bulan setengah.




No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...