Sunday, December 7, 2014

2245) SEMINAR HIBURAN DAN ISLAM : Rasonalisasi dan Imej Sekitar Seminar

Hari Pertama
 

Ucapan Perasmian
Oleh : YBhg. Tengku Azwil B Tunku Abdul Razak

Ucapan Tema
Tema “Industri Hiburan Ke Arah Kebaikan Pengguna”
Oleh : Dr Izham Nayan

Sesi 1 :

Hiburan Dalam Islam Dan Keperluan Hiburan Kepada Insan
Penceramah 1 – Prof. Dato’ Dr Baharudin Ahmad
Penceramah 2 – Tuan Guru Hj Abdul Raof Bin Nurin

Sesi 2 :

Filem/Drama Mengikut Perspektif Islam
Penceramah 1 – Prof. Dr. Naim Hj. Ahmad
Penceramah 2 – Ustaz Nabil Ahmad

Sesi 3 :


Arah Tuju Industri Hiburan Yang Berlandaskan Hukum Islam
Penceramah 1 - Dato’ Hj. Che Mohd Rahim Bin Hj. Jusoh
Penceramah 2 - Prof. Dr Abu Hassan Hasbullah

Persembahan Nasyid : Kasif Qasidah, Kuala Lumpur

Hari Kedua


Sesi 4 : Halangan/ Rintihan Penerbit Dalam Menghasilkan Karya Islamik
Penceramah 1 – Ustaz Syed Shahridzan Bin Syed Mohamed
Penceramah 2 – Pengarah Aziz M. Osman

Sesi 5 : Muzik Dan Islam.
Penceramah 1 – YBhg Dato’ Abdul Majid Bin Omar

Sidang Pleno : Indurstri Hiburan Ke Arah Kebaikaan Pungguna

1. Pengerusi : Dr Izham bin Nayan
2. YBhg. Datuk Nadzim Johan (PPIM)
3. Y.Bhg. Prof. Dr. Naim Hj. Ahmad (USIM)
4. Encik Azmil Mustapha

 5.Tuan Guru Hj Abdul Raof Bin Nurin


Berhibur adalah fitrah semulajadi manusia. Hiburan merupakan suatu perkara yang disenangi oleh naluri insan. Kebanyakan manusia menjadikan hiburan sebagai saluran kreativiti yang mencerminkan gambaran pemikiran, emosi, dan inovasi manusia. Hiburan juga adalah gabungan keindahan seni, kehalusan bahasa dan keunikan budaya manusia yang mampu mententeramkan jiwa dan melahirkan kegembiraan.

Sebagai agama yang menepati keperluan fitrah, Islam tidak menghalang umatnya berhibur, namun hiburan di sisi Islam perlu disuluh dan dipandu mengikut nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam.
Sebagai seorang muslim, kita hendaklah meyakini bahawa cara hidup Islam adalah yang amat sempurna dan pasti dapat memenuhi kesemua aspek keperluan hidup manusia. Syariat Islam diturunkan bukanlah untuk menyekat kebebasan manusia tetapi ia bertujuan untuk mengawal dan mengatur keperluan manusia untuk menjamin kesejahteran dan kebahagiaan hidup yang berpanjangan. 

Hiburan dalam Islam adalah suatu yang menenangkan dan mendidik jiwa. Bahkan melakukannya bukan hanya semata-mata untuk mencari keseronokan dan memenuhi runtunan nafsu tanpa batasan.
Konsep berhibur dalam Islam adalah dengan tujuan untuk membangunkan dan memdamaikan jiwa, menenangkan fikiran dan merehatkan rohani serta jasmani. Persoalannya, bagaimanakah gaya dan cara berhibur yang kita lakukan pada hari ini? Adakah ia selari dengan apa yang digariskan oleh syariat Islam? Apakah hiburan tersebut benar-benar mententeramkan jiwa kita dan tiada terpalit dengan unsur-unsur noda dan dosa?

Melihat kepada realiti hiburan kita pada hari ini, dapat dirumuskan bahawa sebahagaian besar hiburan kita gagalmencapai matlamatnya. Bukan sahaja hiburan tersebut gagal memberi ketenangan jiwa dan kedamaian dalam sanubari kita, malah ia telah mencetuskan masalah dan kecelaruan di dalam kehidupan. Ini kerana hiburan tersebut tidak berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat. Ia hanya bertujuan memenuhi runtunan nafsu semata-mata. Hiburan yang ada bukan sahaja tidak mendidik jiwa, malah mendorong kepada kelalaian, maksiat dan pergaulan bebas yang akhirnya mengundang kepada gejala sosial yang merosakkan kesejahteraan hidup umat Islam.







































No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...